18Dec

Chrome 9 Beta Di Lancarkan

Google, Perisian

Dengan mencecahnya pembangunan Google Chrome kepada versi 10, kini secara rasminya Google telah melepaskan Chrome 9 Beta, yang mana membawakan beberapa fungsi baru pada pelayar web mereka, termasuk Chrome Instant, sokongan WebGL 3D yang ditambah baiik, dan banyak lagi.

Dengan perubahan waktu pembangunan yang dipercepatkan, kini pembangunan Google Chrome berlaku dengan amat pantas sekali, dan menariknya Google juga dengan terus menerus memperkenalkan pelbagai fungsi baru padanya. Google Chrome 9 versi stabil kelak dijangka akan dilepaskan kepada para pengguna pada pertengahan bulan September kelak.

Melalui Chrome 9 Beta ini, Google membawakan sandbox Flash Player, yang mana menambahkan teknologi keselamatan tambahan, untuk melindungi anda daripada halaman-halaman web yang berbahaya, yang mencuba untuk mencuri data komputer anda. Walaubagaimanapun, buat masa ini, ianya hanya didatangkan untuk pengguna Windows sahaja, dan sokongan untuk Mac dan Linux akan diintegrasikan tidak lama lagi.

Pada masa yang sama, fungsi Chrome Instant akhirnya menemui para pengguna Chrome 9 Beta, yang mana telah diuji sebelum ini dalam beberapa versi pembangunan Chrome. Melaluinya, ianya memberikan kebolehan dan fungsi seumpama Chrome Instant, yang membolehkan halaman web dibuka secepat anda mula menaip URL atau carian pada kotak alamat Chrome.

Selain daripada itu, fungsi WebGL kini diaktifkan, membolehkan para pembangun laman web menggunakan fungsi hardware accelerated graphics. Teknologi ini masih lagi baru, namun kebanyakkan pembangun pelayar web sudah mula menyokongnya.

Para pengguna boleh memuat-turun Google Chrome secara percuma daripada laman rasmi mereka, manakala para pengguna sedia ada, pelayar web mereka akan dikemaskini secara automatik ketika anda menggunakannya.


Flock 2.5 Mengintegrasikan Fungsi Twitter
Versi Stabil Chrome Untuk Linux dan Mac Di Lepaskan
Hardware Acceleration Pada Chrome 9.0 Kelak
Android Market 3.1.3 Membawakan Beberapa Perubahan Dan Penambahan Baru
Google+ Hangout Kini Mengintegrasikan Sokongan Google Docs

5 Komen

  1. ali mamak pada 18 Dec 2010

    terbaik

  2. zahir pada 18 Dec 2010

    chrome 9 jgk menyokong webGL untuk projek terbaru mereka google body part…sempoiii

  3. bolamalaysia pada 18 Dec 2010

    Dah semakin maju Amanz.MY. Bagus. Chrome 9 kalau laju memang sedap sebab Chrome sekarang dah perfect cuma nak LAJU sikit lagi baru puas. Hehehehe.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader