08Dec

Google Melancarkan Chrome Web Store

Google

Hari ini, seperti yang dinantikan, Google telah pun melancarkan Chrome Web Store. Namun begitu, buat masa ini, Chrome Web Store ini hanya boleh digunakan oleh pengguuna US sahaja, dan akan diperkembangkan ke seluruh dunia dalam masa terdekat ini.

Chrome Web Store dijangka akan diperluaskan kepada negara-negara lain dengan sokongan pelbagai mata wang pada awal tahun hadapan. Melalui Chrome Web Store, ianya membolehkan para pengguna menemui pelbagai aplikasi berasaskan web yang menarik, sekaligus memudahkan para pengguna menggunakannya melalui pelayar web Chrome.

Pada masa yang sama, para pembangun juga boleh menawarkan aplikasi mereka kepada jutaan pengguna di seluruh dunia. Buat masa ini, beberapa apikasi terkemuka yang ditawarkan adalah termasuk Tweetdeck versi web, beberapa permainan berasaskan web dan banyak lagi aplikasi dari jenama terkemuka. Selain daripada aplikasi, Chrome Web Store turut menawarkan pelbagai tema dan juga extensions untuk Chrome anda.

Anda boleh mengakses Chrome Web Store mulai hari ini, dan sekiranya pelayar web anda tidak disokong, anda akan diperlihatkan dengan mesej khas meminta anda menaik-taraf kepada versi Chrome terkini. Namun begitu, seperti yang diperkatakan pada awal artikel, ianya hanya disokong di negara US sahaja buat masa ini.


Pembangunan Pelayar Chromium Mencecah Versi 4.0
Google Memperkenalkan Chrome Web Store
Google Toolbar 7 Kini Lebih Kemas Dan Pantas
Selamat Ulang-Tahun Ke-5 @Twitter
Chrome Web Store Versi Tempatan Bakal Dilancarkan Oleh Google

1 Komen

  1. Azam pada 08 Dec 2010

    access web store melalui link ini…huhu..menarik jugak tweetdeck dia https://chrome.google.com/webstore?hl=en-US


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader