Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya zaman kegemilangan yang dahulunya dipegang oleh Yahoo!, kini tidak lagi, memandangkan selepas memberhentikan sebilangan pekerja mereka, kini ianya diketahui yang mana Yahoo! akan menutup beberapa produk mereka, termasuk Del.icio.us, dan MyBlogLog.

Slide Yang Tersebar Di Twitter
Melalui suatu slide dalaman yang tersebar di internet, ianya memperlihatkan yang mana Delicious, Altavista, MyBlogLog, Yahoo! BookMarks, dan Yahoo! Picks akan dihentikan pembangunannya, dan mungkin ditutup, manakala beberapa produk lain, termasuk Upcoming dan Fire Eagle yang akan disatukan bersama beberapa produk yang lain.
Sebelum ini, sedia diketahui yang mana Yahoo! tidak lagi membenarkan para pengguna memuat-naik video ke laman Yahoo! Videos mereka, dan sebelum ini, mereka telah memberikan hak enjin carian kepada Microsoft. Nampaknya kini, antara produk yang digunakan dengan banyak oleh para pengguna di Yahoo! hanyalah Yahoo! Mail, Flickr dan juga Yahoo! Messenger sahaja.
15 Komen
Tinggalkan Komen Anda
hmmmm.. lpas ni tggl yahoo messenger kot
nice info bro!
adakah Yahoo sedang mengalami zaman kemerosotannya sekarang??
Dulu dorang pegang, sekarang google kongker, masa akan datang taktau lak sapa
Ai,tak kan tak mampu saingi google kot..
Da makin kurang la pesaing Google kalo camni,bermakna monopoli bakal berlaku….aiseyyyy
zaman kegemilangan google pulak…
Yahoo! makin merosot….
http://my.features.mail.yahoo.com/
amanz.. ni yahoomail beta yerk.. aku da try..
Hai Ali. Terima kasih untuk tips. Kami pernah menulis mengenainya sebelum ini. Ali boleh rujuk di sini http://amanz.my/2010/10/yahoo-memperkenalkan-antaramuka-yahoo-mail-baru/ : atau ikuti semua berita Yahoo! sebelum ini dengan klik pautan ini. http://amanz.my/category/yahoo/
heheh.. ye ke.. sy pengikut tegar anda..
mybe sebelum ni sy x perasan yahoomail beta ni dah boleh diguna kan..
sory ye
delicius tu aku selalu guna..xkan nk tutp kot…hbis r yg aku bookmark selama ni…kene beli ni..sape2 nk sumbangkn kt aku duit nk beli delicius
jangan yahoo mail tutup sudah..
xsume servis dr yahoo org bleh trima. persaingan kuat skg, the best one win
google dah tambah berkuasa sekarang ni.. yahoo tak cukup tenaga kerja pakar kot yang bleh lawan google.. kot jela.. hehe