27Dec

Facebook Kini Laman Ke Tiga Terbesar Di Dunia

Web 2.0

Facebook memperlihatkan perkembangan yang amat positif sekali sepanjang tahun ini, dimana kini, ianya berjaya menewaskan Yahoo! sekaligus mengambil takhta sebagai laman web ketiga terbesar di dunia, dimana sepanjang November, lebih 648 juta pengguna melayari Facebook berbanding hanya 630 juta yang menggunakan Yahoo!.

Kini, Facebook hanya dibelakang dua lagi gergasi internet yang lain, iaitu Microsoft dan juga Google. Microsoft mempunyai seramai 869 juta pengunjung pada bulan November, manakala Google mempunyai lebih 970 juta pengguna sepanjang bulan November yang lepas.

Selain daripada laman ketiga terbesar di dunia, Facebook juga adalah laman kedua terbesar yang menyediakan video, dibelakang YouTube milik Google. Facebook seperti sedia maklum telah menjadi suatu fenomena yang besar pada tahun 2010 ini, sekaligus pemiliknya, Mark Zuckerberg turut dinamakan sebagai individu pilihan tahunan oleh Majalah Times. Facebook juga merupakan laman paling popular di Malaysia, meninggalkan Google dan Yahoo! di belakangnya.


Facebook Kini Merupakan Laman Sosial Terbesar
Facebook Mengintegrasikan Fungsi Kod QR
Lelong Bakal Menganjurkan E-Commerce Fair
Facebook Memperkenalkan Sokongan Sembang Berkumpulan
WordPress 3.3 Akan Membawakan Sokongan Drag-Dan-Drop Untuk Muat-Naik Media

5 Komen

  1. hydir pada 27 Dec 2010

    memang menakjubkan FB ni .. tp byk guna mobile version je.
    Masih menunggu hasil karya org Malaysia yg boleh menggegar dunia :) .. Officekami?

  2. Mohd Isa pada 27 Dec 2010

    memang menakjubkan…dlu org suka guna myspace and friendster jerk…ada je facebook…smua close…hoho

  3. matjan pada 27 Dec 2010

    mak kau guna facebook tak?

  4. Ali ridha pada 28 Dec 2010

    sesuatu yang amat menarik daripada
    Facebook.

  5. ohcikgu pada 28 Dec 2010

    aku dah jangka facebook akan jadi lebih popular 3-4 tahun lepas. Tak sangka betul-betul menjadi macam nih..


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader