14Dec

Facebook Memperlihatkan Trend Status Sepanjang 2010

Web 2.0

Selepas Twitter dan YouTube, laman sosial paling popular di dunia, Facebook kini mengeluarkan data tahunan mereka, dimana Facebook berkongsi akan trend status paling popular sepanjang tahun 2010. Data yang dipersembahkan oleh Facebook itu dianalisa daripada pengguna dari 236 negara.


Status Paling Popular Di Facebook

Berbeza dengan Google atau Twitter, status pada Facebook memperlihatkan data yang berbeza, dimana apakah yang dipergunakan oleh pengguna sepanjang tahun 2010, dan ianya didahului oleh “HMU”, iaitu akronim untuk “Hit Me Up” yang mana digunakan oleh para pengguna Facebook untuk memberitahu supaya menelefon atau menghantar mesej kepada mereka pada bila-bila masa.

Menduduki di tangga kedua adalah World Cup yang mana turut mendapat perhatian di Yahoo!, Google, dan Twitter. Selain daripada itu, beberapa perkataan yang turut dikongsikan di beberapa laman sosial yang lain termasuk iPad dan iPhone 4, dan Justin Bieber. Movies dan juga Games on Facebook turut sama mendapat perhatian para pengguna laman sosial paling popular itu.


WordPress 2.7 Beta 1 Sedia Di Cuba
Teknologi Sepanjang Tahun 2010
GengBlogger Dan 1Tube.my Bersatu Bawah 1Tube Network
Photovine Versi Android Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi
Maxis ebuuk Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Android Dan iOS

5 Komen

  1. fitri pada 14 Dec 2010

    status facebook pun ada trend die eh..dah macam search kat google lak..huhu

  2. topo pada 14 Dec 2010

    aku banyak menyumbang trend utk status world cup yang lain semua aku tak pernah tulis.. hohoho

  3. menteil pada 14 Dec 2010

    semua pun aku tak pernah sumbang.. banyak merapu je,,

  4. Taufik Mansor pada 14 Dec 2010

    justin bibir pun ade…. famous gile mat jambu tu….. LOL

  5. asx pada 01 Jan 2011

    hmu , hook me up . hahahahaha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader