Cari @ Amanz

Facebook sebelum ini, telah pun memperkenalkan sistem mesej yang baru, dimana melaluinya mereka ingin merevolusikan cara kita bermesej bersama rakan-rakan. Seperti sedia maklum, ianya diperkenalkan secara berperingkat di seluruh dunia, dan ramai yang kini sudah dapat mencubanya.

Bagi para pengguna yang mendapatkannya, anda boleh mengaktifkannya melalui Facebook Messages, dan menariknya, anda juga akan mendapat beberapa jemputan (dalam 10 jemputan), dimana anda turut sama boleh menjemput rakan-rakan anda dalam menggunakannya. Jikalau anda masih ingat, ianya kelihatan yang mana Facebook menggunakan konsep lebih kurang sama seperti GMail pada permulaannya dahulu, iaitu berdasarkan jemputan.


Skrin Pengaktifan Facebook Messages Anda

Mungkin ramai yang sudah sedia mempunyai akaun emel sedia ada dan sebagainya, akan berkira-kira untuk berpindah kepada Facebook Messages yang baru ini. Walaupun anda boleh mendapatkan alamat @Facebook.com yang baru, ianya bukanlah suatu kewajipan, dan anda masih boleh menyertakan akaun emel sedia ada anda ke dalam Facebook dengan mudah.


Integrasi Akaun Alamat Emel Pihak Ketiga Di Dalam Facebook

Bagi pengguna aktif Facebook Messages, melalui Facebook Messages yang baru ini, anda turut sama boleh attach fail kepada para pengguna, sekaligus tidak lagi perlu mencari penyedia pihak ketiga sekiranya ingin menghantarkan sebarang fail ataupun gambar.


Fungsi Menyertakan Fail

Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang fail, dan perantian yang anda gunakan mempunyai kamera, anda boleh merakamkannya serta merta dan menghantarkannya kepada penerima dengan mudah.


Rakamkan Gambar Atau Video Dan Hantarkan Dengan Mudah

Selain daripada untuk para pengguna Facebook, anda juga turut sama boleh menghantarkan emel kepada rakan-rakan anda atau sesiapa jua dengan menyertakan emel penerima.


Alamat Emel Turut Sama Boleh Di Sertakan

Menariknya, anda juga boleh mengikuti segala komunikasi antara emel anda dengan mudah melaluinya, sama seperti anda menggunakan Facebook Messages sebelum ini, walaupun bersama dengan emel pihak ketiga yang lain.


Mengikuti Emel Dengan Mudah

Buat masa ini, Facebook sedang memperkenalkan fungsi ini secara berperingkat kepada kesemua pengguna seluruh dunia, selain turut sama menggunakan fungsi jemputan untuk mempercepatkan para pengguna lain boleh menggunakannya.

Terima kasih kepada @MohdAdil ke atas semua imej dan info berkaitan Facebook Messages yang baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd