Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dalam terus memastikan para pengguna menggunakan perkhidmatan laman sosial mereka, kini Facebook memperkenalkan antaramuka profail pengguna pada Facebook yang serba baru, dimana ianya memudahkan rakan-rakan mengenali anda melalui laman profail anda.

Antaramuka Facebook Yang Baru
Tidak seperti dulu, kini halaman profail dimulakan dengan informasi asas mengenai anda, daripada tempat asal anda, hinggalah di sekolah mana anda belajar, dimana anda bekerja, dan bahasa yang anda bercakap turut sama diperlihatkan tanpa memerlukan anda menekan butang Info. Selain daripada itu, pada bahagian bawahnya, turut diperlihatkan dengan pelbagai gambar-gambar terbaru anda di Facebook.

Susunan Info dan Gambar Di Bahagian Utama Profail
Selain daripada itu, anda juga boleh memperlihatkan rakan-rakan rapat anda dibahagian bawah gambar profail, mengantikan apa yang diperlihatkan oleh Facebook secara rawak. Pada masa yang sama, dibawah ruangan rakan-rakan, turut sama diperlihatkan adalah ruangan ahli keluarga anda di Facebook.
Pada masa yang sama, Facebook turut memperkenalkan fungsi “skrol infiniti”, membolehkan anda melihat kesemua gambar anda dengan mudah. Beberapa fungsi baru juga turut sama diperkenalkan dengan antaramuka dan rekabentuk baru profail Facebook ini.
Rekabentuk baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat, namun anda boleh mengaktifkannya secara serta merta melalui laman About Profile di Facebook.
22 Komen
Tinggalkan Komen Anda
1st.
hoho. smart facebook. tak payah susah2 nak klik satu2.
Bahagian atas yang baru tu memang sangat menarik!
geng-geng facebook ni tak pernah puas hati ke.. mesti nak improve. kudos.
skrol infinity huh! macam google images! sak!
good info..
wow.. da try da… dkat news feed pon da laen
puyer a lame baru nk ade perubahan kat profile…
Tak minat la dgn interface baru fb sekarang..macam serabut je..
nmpk mcm best je…tp klu nk guna yg lma still blh g kn..huhu
Content Engineer tue.. Perghh..
font kecil! serabut lak tu. makin sakit mata @_@
ok gah tuh
dari myspace yang tah pape
SETIAP BULAN ADA JE BENDA BRU DRI FACEBOOK NI..MMG BEST LA FACEBOOK.
pesal ada gambar keychain eny wehhh. hahaha
Sengaja bg Aman testing dolu.
Biar Aman wat eksperimen.
Kekeke!!!
profile aku tak jadi lagi interface baru ni
em..profile aku dah kena interface baru.. tapi picture tu..adess, dah setting private pun dia keluar jugak, terpaksa remove terus.. haish..
x lawa la…
apa hak kita nak kondem…gyahahaha… bukan kita bayar sesen pun kat mark…. LOL
boleh tukar yg asal tak..tak lawa la..
aku lagi suka yang lama.