08Dec

Facebook Membolehkan Anda Menambah Rakan Skype

Web 2.0

Setelah Skype memperkenalkan Skype 5.0 dengan pengintegrasian Facebook, kini laman Facebook pula memudahkan para pengguna Facebook menemui rakan-rakan Skype mereka dengan mudah.


Mesej Yang Di Paparkan Pada Halaman Utama Facebook

Kini, setiap pengguna diperlihatkan dengan mesej meminta mereka mencari rakan Skype mereka di Facebook apabila mereka log masuk ke laman Facebook. Anda hanya perlu memasukkan nama pengguna Skype bersama-sama dengan kata laluan, dan seterusnya akan diberikan pilihan untuk menambah rakan Skype anda dengan mudah, sama seperti anda mencari rakan menggunakan akaun emel dan sebagainya.

Ianya kini dapat dilihat yang mana kedua-dua syarikat gergasi ini mula bekerjasama secara serius, dimana turut diura-urakan yang mana Facebook akan memperkenalkan Facebook Chat dengan integrasi Skype untuk panggilan video tidak lama lagi. Skype juga turut sama bakal memperkenalkan aplikasi berasaskan web mereka tidak lama lagi. Mungkin kedua-dua pihak akan mengumumkan sesuatu perkara menarik tidak lama lagi.


Twitter Bakal Menggunakan Peringkas URL Tersendiri
Facebook Menserasikan Halaman Mudah-Alih Mereka
Selamat Ulang-Tahun Ke-5 @Twitter
Firefox Nightly Kini Mengintegrasikan Sokongan Kemaskini Automatik
A Year In The Like - Lihat Kemaskini Popular Di Facebook Sepanjang Tahun

3 Komen

  1. Eriyza pada 08 Dec 2010

    Aigoo, cheq dah lama x guna Skype.
    FB makin melebarkan sayapnya.

  2. RedBoys pada 08 Dec 2010

    pergh. fb dh makin superb. cayalah. semua dia nak bolot.

  3. syahrilhafiz pada 08 Dec 2010

    uh nasib aku dah install skype..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader