30Dec

Firefox 4 Akan Memperkenalkan Tab Pada Bahagian Title Bar

Sumber Terbuka

Firefox 4 yang sepatutnya dilancarkan pada tahun ini, seperti sedia maklum telah ditangguhkan kepada tahun hadapan. Walaupun ianya telah dikatakan yang mana tiada sebarang fungsi atau perubahan baru akan diperkenalkan buat masa ini, ianya kini kelihatan yang mana sedikit perubahan pada antaramuka akan diperlihatkan pada Firefox 4 kelak.


Tab Pada Title Bar

Ianya kini diperkatakan yang mana melalui Firefox 4 Beta yang seterusnya, Mozilla akan menguji tab pada bahagian title bar pada tetingkap pelayar web tersebut. Walaupun fungsi ini masih belum diperkenalkan pada sebarang versi pembangunan Firefox buat masa ini, para pengguna Windows dan Linux boleh memuat-turun versi eksperimental Firefox.

Nampaknya, dengan Firefox 4 kelak, Mozilla ingin memperkenalkan suatu pelayar web yang betul-betul mantap kepada para pengguna. Buat masa ini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi berkaitan bila mana ianya akan dilancarkan kepada para pengguna, namun ianya dijangkakan akan menemui para pengguna dalam suku tahun pertama tahun 2011. Sama-sama kita nantikannya.


Undi Konsep Rekabentuk Firefox 4.0 Kegemaran Anda
Direct2D Dan Multi-Proses Menjadi Keutamaan Firefox
Firefox 3.6.4 Membawakan Fungsi Multi-Proses
AMD Menyertai Intel dan Nokia Dalam MeeGo
Software Freedom Day 2011 KL Bakal Diadakan 21 September Ini

6 Komen

  1. Jebat Malaya pada 30 Dec 2010

    mksudnya nak buat macam chrome dengan opera la??

  2. Aria pada 30 Dec 2010

    firefox semakin menapak kehadapan.. maju dan maju.. still hope PC usage ff bole slow lg.. hehe

  3. Taufik Mansor pada 30 Dec 2010

    firefox 4 beta 8 pun dh superb….. x sabar nk pakai yg full tahun depan… :D

  4. lol pada 30 Dec 2010

    IE9 Pun letak tab pada title bar (disebelah bar navigasi dan alamat), nampaknya semua browser akan ikut cam google chrome ,, tab berada di atas bar navigasi atau sekurang-kurangnya tab akan berada pd bahgian paling atas sekali。。。。。

  5. sazuwi pada 31 Dec 2010

    firefox dah semakin lawa lak tengokkan..

  6. Nizam6281 pada 31 Dec 2010

    Design Chrome terbaik
    User Friendly di Mozilla Firefox
    Kalau Mozilla amik sikit design Chrome mesti superb and minimalize

    IE? Bye2 jelah .


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader