12Dec

FourSquare Akan Membolehkan Pengguna Memuat-Naik Gambar?

Web 2.0

FourSquare sememangnya telah menjadi salah satu kejayaan dalam menyediakan servis berasaskan lokasi. Dan setelah mencapai lebih 5 juta pengguna baru-baru ini, ianya dilihat yang mana FourSquare sedang menguji fungsi memuat-naik gambar pada halaman mereka, seperti mana yang diminta oleh para penggunanya.

Ianya masih lagi sedang diuji secara dalaman, dan masih tidak diketahui samaada ianya akan dilepaskan kepada umum ataupun tidak, namun melalui suatu paparan skrin baru yang didapati oleh Mashable, ianya memperlihatkan yang mana berkemungkinan besar fungsi tersebut akan tiba tidak lama lagi.


Paparan Skrin Memperlihatkan FourSquare Menguji Fungsi Gambar [via]

FourSquare sebelum ini telah pun diperkatakan sedang membangunkan fungsi seumpama itu, dan masih tiada sebarang berita rasmi daripada pihak mereka sehingga kini. Salah satu perkhidmatan web yang mana menyediakan servis geolokasi dengan sokongan memuat-naik gambar adalah FoodSpotting, dan sememangnya ianya menarik minat ramai pengguna untuk menggunakannya.


GoKita Menamatkan Perkhidmatannya?
MOL Akan Menjadi Pengedar Zynga Game Cards Di Asia
WiFoods.com Ingin Mengumpulkan Senarai WiFi Percuma Dan Makanan Menarik
FourSquare Versi Islamik Bakal Diperkenalkan Pembangun Tempatan
JavaScript Akan Datang Bakal Dikenali Sebagai Harmony

4 Komen

  1. Roslan pada 12 Dec 2010

    smart pasni lagi sng nak cari tempat..rujuk foursquare je..haha

    • mosyar pada 12 Dec 2010

      ala-ala officekami…hahaha.

  2. fiqri91 pada 12 Dec 2010

    best r aplikasi skng ney…
    macm2 boleh kita capai dengan hanya duduk di depan laptop..
    best2

  3. Fazreen pada 13 Dec 2010

    aku pun dah start main 4sq ni..saja suka-suka create tempat check in yang merapu-rapu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader