22Dec

Fungsi Baru Facebook Meningkatkan Masalah Privasi?

Sekuriti

Pembangun perisian sekuriti dan keselamatan untuk IT, Sophos, kini mengingatkan pada pengguna berkenaan dengan masalah privasi seseorang, berikutan dengan pengenalan fungsi auto-tag gambar yang diperkenalkan oleh Facebook baru-baru ini.

Sebelum ini, Facebook telah memperkenalkan fungsi auto-tag melalui teknologi pengenalan muka yang mana membolehkan muka-muka para pengguna pada gambar dan imej digunakan dan seterusnya mencadangkan tag-tag nama yang berkenaan dengan muka pada gambar tersebut.

Ini sekaligus akan menjadikan, para pengguna yang tidak ingin berkongsi gambar atau tidak ingin di tag akan menghadapi masalah, walaupun fungsi ini mungkin diminati oleh mereka yang lain. Sophos mencadangkan agar para pengguna yang tidak berminat, boleh mengelakkan perkara ini berlaku dengan mengeluarkan diri mereka daripada fungsi tersebut, yang mana kaedah tersebut mungkin akan diperkenalkan melalui tetapan privasi pada Facebook kelak.


Facebook Memperlihatkan Iklan Syarikat Telekomunikasi Pada Halaman Log Keluar
Laman Rasmi FAM Digodam - Peminat Bola Sepak Negara Masih Marah
Facebook Disasarkan Melangkaui Lebih 1 Billion Pengguna Menjelang Ogos
Facebook Menguji Sistem Spam Pada Bahagian Komen Di Status
Facebook Membolehkan Para Pengguna Mengawal Notifikasi Dengan Lebih Mudah

7 Komen

  1. Jebat Malaya pada 22 Dec 2010

    Buat satu setting macam setting untuk tengok gmbar yg di tag..

  2. kelisa pada 22 Dec 2010

    f*ckbook berlawan dengan Guugel untuk menjadi data mining terbaik abad ini. All your base belong to us.

  3. paan pada 22 Dec 2010

    time nak dowload data-data yg kita upload tu, die ade gak fungsi ni

  4. fendidahada pada 22 Dec 2010

    pergh…auto tagging la ni..bahaya2…takut gambar tak dikehendaki tiba2 kuar je…ish2..

  5. Omar pada 22 Dec 2010

    pasal fungsi ini, aku delete semua album aku..huhu

  6. Taufik Mansor pada 22 Dec 2010

    habis privacy aku dicabul olef FB…… oh tidak…

  7. Ali ridha pada 22 Dec 2010

    aku tak ada gambat kat facebook.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader