04Dec

ChromeBook Akan Di Perkenalkan Pada Awal Muharram?

Google

Sebelum ini kedengaran yang mana Google akan melancarkan Chrome OS pada tahun hadapan, namun begitu, Google masih ingin memberikan kejutan, dimana sebuah netbook khas yang menggunakan Chrome OS dijangka akan diperkenalkan pada hari Selasa ini, iaitu 7 Disember 2010.

Netbook Chrome OS yang dijenamakan dibawah Google itu tidak akan dijual secara terbuka kepada semua, kerana ianya diperkatakan hanya 65,000 unit sahaja akan dikeluarkan. Pada masa yang sama, Chrome OS juga diperkatakan masih pada tahap beta, dan belum bersedia untuk digunakan sepenuhnya oleh pengguna biasa.

Selain daripada itu, Google juga dijangka akan memperkenalkan Chrome Web Store, namun masih lagi tidak dipastikan buat masa ini. Melalui Chrome 8.0, Google telah pun mula menyertakan fungsi Chrome Web Store, namun masih lagi tidak diaktifkan sepenuhnya. Walaubagaimanapun, sama-sama kita nantikan pengumuman daripada Google pada 7 Disember 2010 ini.


Google Memperkenalkan Pelayar Web - Google Chrome
Google Menguji Rekabentuk Yang Lebih Minimalis
Ujian Fungsi Navigasi Kompak Pada Chrome Dimatikan Oleh Google
Chromium 17 Mula Kelihatan - Chrome 15 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi
Carian Terhangat Di Google Malaysia Sepanjang 2011 Diperlihatkan

3 Komen

  1. che armad pada 04 Dec 2010

    Google maju dan terus maju…

  2. Izzat Aziz pada 05 Dec 2010

    Google ni nak tawan seluruh dunia lah kalinya.. semua benda nak buat.. nanti entah-entha console sendiri pun ada.. Google Play

  3. ali mamak pada 05 Dec 2010

    camane nak tgk chrome webstore tu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader