04Dec

Cloud Picker Memudahkan Transisi Ke Perkomputeran Awan

Google

Walaupun sudah lama kita tak kedengaran sebarang perkara berkaitan dengan GDrive, kini salah satu servis seumpamanya kelihatan, yang mana dipanggil sebagai Google Cloud Picker, membolehkan para pengguna mengakses kesemua fail yang pernah dimuat-naik ke Google dengan mudah.


Antaramuka Cloud Picker [via]

Ianya masih lagi sedang dibangunkan oleh Google, dan telah dijumpai secara tak sengaja oleh salah seorang pengguna yang cuba untuk memuat-naik fail ke akaun beliau. Walaupun tiada info rasmi daripada Google buat masa ini, Google Cloud Picker ini kelihatan seperti sebuah produk storan dalam talian, yang menghubungkan pelbagai servis sedia ada Google, termasuk YouTube, Google Docs, Google Maps dan Picasa, sekaligus memudahkan anda memasukkan media ke perkhidmatan Google yang lain seperti Blogger dan Google Sites dengan mudah.

Walaupun Google mengatakan yang mana mereka belum lagi bersedia untuk memperkenalkannya kepada umum, Cloud Picker ini mungkin merupakan sebahagian daripada perkara baru yang akan diperkenalkan bersama-sama dengan Chrome OS kelak, sekaligus memudahkan para pengguna beralih ke perkomputeran awan dengan mudah. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Chrome 2.0.174.0 Memperkenalkan Pengurusan Tab
Gingerbread Kini Merupakan Versi Android Yang Paling Luas Digunakan
#Tips : Dapatkan Dan Gunakan Google Bar Yang Baru Hari Ini
Permainan Berasaskan Google Maps Bakal Diperkenalkan Pada Google+
Google Sedang Membangunkan Chrome Versi Metro Untuk Windows 8

3 Komen

  1. Affuan pada 04 Dec 2010

    x abis2 google neh. kes “google evil” amacam aman? dah selesai ke?

    • aMaNz pada 04 Dec 2010

      sekarang ramai kecoh pasal Facebook Evil lak. Ahaks~

  2. NK pada 04 Dec 2010

    ini yang dikatakan sebagai googlization,

    habis la lepas ni google kawal semua benda, haha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader