Cari @ Amanz

Nampaknya, Google kini mencuba untuk memasuki pelbagai bidang, dan terkini, mereka telah pun melancarkan Google eBookStore, dimana melaluinya, para pengguna boleh memuat-turun dan membaca ebook dengan mudah dalam pelbagai perantian.

Google eBookStore yang dilancarkan oleh Google itu menyokong pelbagai perantian terkemuka, termasuk perantian berasaskan Android dan iOS, beserta dengan pembaca eBook, iaitu Nook dan juga Sony e-Reader, sekaligus menjadikan Google berkebolehan untuk menyaingi Amazon dengan amat mudah sekali.

Buat masa ini, pelbagai ebook percuma sedia dimuat-turun untuk para pengguna Malaysia, sementara Google masih sedang dalam perbincangan dengan pelbagai penulis diseluruh dunia dalam menyediakan buku mereka dalam bentuk ebook di Google eBookStore.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd