21Dec

Google Masih Inginkan Laman Tawaran dan Diskaun

Google

Nampaknya, Google betul-betul ingin menyertai industri tawaran dan diskaun harian, dimana selepas gagal untuk memiliki Groupon pada tawaran $6 billion tempoh hari, kini ianya diperkatakan yang mana Google sedang berbincang dengan beberapa syarikat kecil dengan konsep serupa.

Beberapa laman yang dikatakan mungkin menjadi sasaran Google adalah termasuk LivingSocial, BuyWithMe dan juga WhaleShark Media. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak Google buat masa ini.

Selain daripada pasaran antarabangsa, para pembangun tempatan juga turut sama mula memberikan perhatian kepada laman seumpamanya, dimana di Malaysia sahaja terdapat beberapa laman sebegitu, termasuk GroupsMore, OrangeDeal, Baloi, Tawaran Harian, I Love Discounts dan banyak lagi. Mungkin, ianya akan menjadi antara trend baru pada tahun hadapan kelak. Sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangannya.


Android "Rosie" - Masa Depan Android?
Google Bakal Memperkenalkan Business Profiles Pada Google Apps?
Angry Birds Untuk Windows Phone Dilancarkan
Android Seterusnya Mungkin Akan Dikenali Sebagai Jelly Bean?
Video: Demonstrasi & Menangi Aplikasi Balsamiq Mockups

4 Komen

  1. Izzat Aziz pada 21 Dec 2010

    Google sekarang dia dah otai.. dia suka website tu.. dia tak beli macam AOL buat.. dia reka yang baru je.. pahtu yang lain tengelam.. dia dapat beli murah2 bijak2..

  2. Affuan pada 22 Dec 2010

    kena admit dengan ke’otai an google. bukan seperti sesetengah orang yang hanya duk berfikir tanpa tindakan. ;p

  3. mancai pada 22 Dec 2010

    memang mencari tawaran diskaun lebih2 lagi nak membeli secara online… google macam dah nampak masa depan atau sudah ramai permintaan…

  4. kaizendeen pada 23 Dec 2010

    Aku dah semakin berminat dgn sistem diskaun ni..hehhee..patut la google sangup beli brp je..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader