09Dec

Google Mengeluarkan Carta Carian 2010

Google

Setelah Yahoo!, kini Google pula mengeluarkan data carian sepanjang tahun, dan menariknya, data untuk Google Malaysia turut dikeluarkan, dimana memperlihatkan yang mana carian paling popular di lakukan oleh para pengguna Malaysia adalah Facebook.

Google turut mengeluarkan laporan mereka dalam beberapa kategori, termasuk yang paling cepat meningkat cariannya, kereta yang paling dicari, telefon bimbit yang paling dicari, sukan yang paling dicari, individu yang paling dicari, pemain piala dunia yang paling dicari, dan juga filem yang paling dicari.

Berikut merupakan sepuluh carian paling popular di Malaysia untuk sepanjang tahun 2010;

  1. Facebook
  2. Malaysia
  3. YouTube
  4. Yahoo
  5. Login Facebook
  6. Games
  7. Google
  8. Mail
  9. Yahoo Mail
  10. You


Kata Carian Yang Meningkat Populariti Dengan Pantas

Daripada trend carian, kita dapat lihat yang mana para pengguna Malaysia lebih berminat membuat carian yang lebih kepada laman-laman sosial. Pada masa yang sama, ianya memperlihatkan lebih ramai pengguna yang makin malas menggunakan kotak alamat untuk memasukkan alamat, sebaliknya lebih gemar menggunakan khidmat enjin carian untuk menemuinya.

Tips oleh Muhammad Amin. Hantarkan tips anda kepada Twitter @AmanFirdaus


Kerjasama 10 Tahun Yahoo-Microsoft Di Umumkan
Picasa 3.5 Membawakan Fungsi Geo-Tag
Pilih Bentuk Tulisan Yang Digemari Pada Blogger
Kemaskini Google TV Bakal Diperlihatkan Pada Google I/O?
Google Memperkenalkan Pelayar Web Chrome Beta Untuk Android

19 Komen

  1. ali mamak pada 09 Dec 2010

    khidmat enjin carian dengan kotak alamat. cmane tu ek..
    aku x tau la.. aku main gune je

  2. suffer8zine pada 10 Dec 2010

    nice info bro!

  3. fiqri91 pada 10 Dec 2010

    facebook paling ramai orng malaysia search…
    memng banyak masa orng malaysia ney..huuuu

  4. kyo_9 pada 10 Dec 2010

    justin bieber?! hek eleh…

  5. hasbul pada 10 Dec 2010

    proton inspira naik mendadak walaupun digempar-gempurkan baru 2 bulan yang lalu oh!

  6. Izzat Aziz pada 10 Dec 2010

    pelik buat apa dia search facebook.. tapi jelah facebook.com..haha

    • akil pada 10 Dec 2010

      sll budak2 yg guna cc akan buat cmnih. bukak pc/ie terus taip fesbuk kat gugle..besala bdk2 mn reti nak taip penuh2. (facebook, crtl+enter)

      • Izzat Aziz pada 10 Dec 2010

        tapi kebanyakan browser sekarang taip facebook je pun dah terus pegi ke facebook..hehe

        • QubeQubezo pada 10 Dec 2010

          Tapi untuk those yang pakai Chrome pun akan terus type “Facebook” di atas bar tu dan Google akan bagi result. Ini untuk those yang malas nak type URL penuh dan tak guna bookmark. Barangkali users ni dia dah clean history so dia pakai cara ni :)

  7. xxx pada 10 Dec 2010

    last tu, you?? pe maksud dye??

    • aMaNz pada 10 Dec 2010

      erm. user boleh lagi jimatkan masa dengan taip url di address bar untuk akses lebih pantas berbanding dengan membuat carian di Google.

      Sebagai contoh, untuk facebook, daripada membuat carian di Google, user boleh just taip facebook di address bar, dan tekan CTRL + Enter.

  8. Fahmi Raazali pada 10 Dec 2010

    hehe… biasanya terus taip alamat… xpun clik je bookmark yg dah buat…

    tp yg guna shorcut tummg tak tau :-)

  9. ProfHariz pada 10 Dec 2010

    Hanis zulaikha juga turut tercalon.. Hebat!

  10. Zairi Zaidi pada 10 Dec 2010

    Login Facebook pun ada? Adakah login FB dapat 100?

  11. cik peah pada 15 Dec 2010

    yang kesepuluh tu nape mcm “tak lengkap” je ayat dia.aaaa skrg aku dah thu.hehe

  12. ceghap pada 16 Dec 2010

    Pada masa yang sama, ianya memperlihatkan lebih ramai pengguna yang makin malas menggunakan kotak alamat untuk memasukkan alamat, sebaliknya lebih gemar menggunakan khidmat enjin carian untuk menemuinya. <— bagi aku tak malas pon. sebabnya lebih selamat. sebab dah discan oleh google sendiri. Kalau guna address url tu kadang2 komputer yang terkena jangkitan virus boleh buatkan didirect ke page lain/pishing. Kan lebih selamat gunakan engine carian.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader