Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah ura-ura yang dimulakan dengan memperkatakan yang mana Google telah membeli Groupon pada harga $2.5 billion, dan seterusnya diperkatakan angka sebenar adalah $6 billion, kini ianya dilaporkan yang mana Groupon telah menolak tawaran daripada Google itu.
Pembelian Groupon telah menjadi salah satu topik hangat sepanjang minggu dengan kedua-dua pihak tidak memberikan sebarang komen. Namun hari ini, ianya diperkatakan yang mana Groupon ingin kekal bersendirian dan telah menolak tawaran $6 billion daripada Google itu.
Ianya diperkatakan mungkin terdapat beberapa sebab keatas penolakan tawaran daripada Groupon itu, dan salah satunya adalah dimana ianya diperkatakan yang mana Groupon menjana lebih $2 billion untuk setahun, dan bukannya $500 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini. Jika ianya benar, berkemungkinan besar, Groupon inginkan tawaran yang lebih tinggi lagi. Namun begitu, masih tiada sebarang komen rasmi buat masa ini.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Kalau dr rozmey nak beli dengan RM 40 juta Groupon nak tak??
hahaha… dier nak beli sume panggung wayang kat malaysia nh laaa
hehe.. DDR tau nak buat filem hype saja.. mana main groupon2 neh..
Bagus sebenarnya Groupon tolak tawaran Google ni since apa pun yang di’sedut masuk ke dalam sistem korporat mereka bakal hancur (including Youtube, yes)
Bagus juga untuk Google sebab boleh save 6bil untuk invest dalam benda lain sebab aku rasa (aku rasa) social buying ni akan cool down bila small business sedar hidden cost yang membebankan dalam jangkamasa panjang.
Masih, selagi trend social buying ni hot, kita layan.
haha..dr zozmey nk beli pamela anderson da skrg
Kita pakat kumpul duit beli Groupon ni nak tak?..hehhee
@kaizendeen 10 pun tak lepas nak beli
laman Groupon.
kenapa tak jual jer..lama2 groupon ni akan down jugak..sementara tu baik jual..2.5 billon us tu bukan sedikit..
Buat lah macam Facebook, dulu banyak syarikat nak beli..dia tolak-tolak sekarang dah bernilai lagi banyak dah.
sape nak beli blog aku. 1 billion jek aku letak. haha