30Dec

Groupsmore Menghampiri 50 Ribu Orang Pengguna

Web 2.0

Selepas 4 bulan dilancarkan, kini Groupsmore telah pun mengeluarkan laporan dan statistik tahunan mereka, yang mana memperlihatkan perkembangan mereka sepanjang ianya dilancarkan. Groupsmore yang membawakan konsep penjimatan melalui pembelian secara berkumpulan itu, telah dilancarkan pada 1 September 2010, dan kini seramai lebih 48,000 orang telah mendaftarkan diri untuk laman tersebut.

Groupsmore
Antaramuka Laman Groupsmore.com

Walaupun baru 4 bulan sahaja Groupsmore dilancarkan, ianya telah memperlihatkan sebuah perkembangan yang amat sihat sekali. Sepanjang 4 bulan ianya beroperasi, Groupsmore telah menyediakan lebih 11,200 tawaran pengalam berbeza, dimana melaluinya, para penggunanya telah melakukan penjimatan melangkaui setengah juta ringgit.

Selain daripada itu, pada minggu ini juga, Groupsmore telah memperkenalkan beberapa fungsi dan peningkatan yang baru, dimana kini, baucer yang ditawarkan tidak lagi memperlihatkan harga, sekaligus menjadikannya sebuah hadiah yang menarik untuk mereka yang tersayang. Anda dengan mudah boleh menghantar baucer kegemaran anda kepada yang tersayang melalui halaman My Voucher pada Groupsmore. Pada masa yang sama, sistem Groupsmore telah dipertingkatkan, memperlihatkan anda dengan amaran sekiranya baucer anda tidak digunakan dan menghampiri tarikh tamat tempoh. Amaran akan diperlihatkan lima hari sebelum tempoh baucer tersebut tamat sepenuhnya.

Groupsmore juga dijangka bakal memperkenalkan lebih banyak perkara yang menarik sepanjang tahun hadapan, dimana kini dengan para pengguna menghampiri angka 50,000 orang, dengan mudah mereka boleh mendapatkan tawaran dan diskaun yang lebih menarik kepada para penggunanya.


Malaysia Dan Teknologi Sepanjang Tahun 2009
PayPal Dan CyberSecurity Malaysia Mempromosikan Bulan Disember Sebagai Bulan Untuk Pembelian Atas-Ta...
Twitter Mula Mengintegrasikan Kandungan Dari WordPress Pada Laman Mereka
Social Media Week 2012 Bakal Memperlihatkan Lebih 15 Startup Bertanding
Facebook Mengambil-Alih Instagram Untuk $1 Billion

2 Komen

  1. suffer8zine pada 30 Dec 2010

    serius x pernah dengar ni

  2. Nizam6281 pada 30 Dec 2010

    Ish tak pernah dengar?
    Deal coupon yang diorng buat memang murah
    Pernah beli Ice Skating dengan harga RM 6 jek!
    Tapi tak penah guna huhu
    Takde masa lah


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader