31Dec

Gumuu Kini Mampu Berintegrasi Dengan Facebook

Web 2.0

Selepas memperkenalkan kebolehan untuk meninggalkan komen pada fail di Gumuu, kini mereka melangkah setapak lagi kehadapan dimana kini mereka menyokong protokol Facebook, membolehkan fail audio dan video yang dihoskan pada Gumuu dimainkan terus pada Facebook.

Berbeza dengan sebelum ini, jika ada sebarang fail video atau audio yang dipautkan dari laman Gumuu ke Facebook, audio atau video tersebut tidak boleh dimainkan secara terus pada Facebook dan anda perlu melayari pautan dimana akan dibawa ke laman Gumuu dan kemudian barulah audio atau video tersebut dapat dimainkan. Ianya mengambil masa yang agak lama dan menyukarkan sedikit para pengguna.

Walaubagaimanapun, dengan adanya sokongan baru ini, ia memudahkan para pengguna untuk berkongsi fail secara langsung terus bersama rakan-rakan anda yang lain. Gumuu pada masa ini masih lagi pada peringkat alpha dan dijangka akan mencapai versi beta pada tahun hadapan.


FlickSquare Memudahkan Perkongsian Gambar FourSquare Pada Flickr
Televisyen Dan Twitter
Facebook Bakal Melancarkan Sesuatu Yang Menarik Minggu Hadapan
Telekom Malaysia Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan TM Cloud?
ShoutMix Memasuki Versi Ketiga - Turut Menyertakan Sokongan Bahasa Malaysia Dan Indonesia

Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader