10Dec

HTC Di Jangka Menjual 60 Juta Telefon Pada 2011

Gajet

Sepanjang tahun ini, HTC telah pun memperlihatkan pelbagai perantian mereka yang amat menarik minat kami, dan kini ianya diperkatakan yang mana HTC telah pun memberitahu kepada para pengedar yang HTC akan memerlukan komponen untuk lebih 60 juta telefon pintar tahun hadapan.

Ianya sekaligus, memperlihatkan yang mana HTC bercadang akan mengeluarkan lebih 60 juta telefon pintar untuk kegunaan para pengguna seluruh dunia. Namun begitu, ianya masih tidak diketahui berapa jenis keluarga telefon pintar yang akan dikeluarkan pada tahun hadapan.

HTC, sebelum ini, hanya mensasarkan untuk jualan sebanyak 20 juta telefon sahaja pada tahun 2010, dan untuk tahun hadapan, mereka menaikkan angka tersebut kepada tiga kali ganda. Ianya mungkin tidak mustahil, memandangkan yang mana Microsoft mensasarkan untuk jualan 30 juta telefon pintar Windows Phone 7, manakala Google pula semakin popular dengan Android. HTC yang mengeluarkan perantian menggunakan kedua-dua sistem operasi ini semestinya akan beroleh keuntungan, sekaligus jangkaan 60 juta telefon untuk tahun hadapan mungkin dapat dicapai.

Desire
HTC Desire – Salah Satu Telefon Pintar Yang Di Keluarkan Tahun Ini


Adakah DiGi Bakal Menawarkan HTC Incredible S?
Sony Memperkenalkan Dua Tablet Android Mereka - Tablet S Dan Tablet P
Video Nokia N9 Menjalankan Android Ice Cream Sandwich Diperlihatkan
Intel Memperlihatkan Prototaip Ultrabook Dengan Skrin Sentuh
RIM Memperlihatkan Sokongan Multi-Tasking Pada BlackBerry 10

9 Komen

  1. yanmie pada 10 Dec 2010

    Salam, bestnya kalau dpt 1 htc dsesire nie :)

  2. mosyar pada 10 Dec 2010

    salah satu brand handphone yang aku minat, apakan daya, aku hanya seorang blogger yang malas update blog. hehehe.

  3. Dr House pada 11 Dec 2010

    Kalo ade sape2 tau model HTC yang leh buat 3G call bagitau aku.

  4. fendidahada pada 11 Dec 2010

    wow…adakah BB akan dikalahkan oleh HTC?hehehe

  5. Ejon pada 11 Dec 2010

    cantik theme baru ni. ehe

  6. Fitrihadi pada 11 Dec 2010

    hari tu gi cuba kat kedai memang gempak gak htc ni.. harge pun rasanya takde ar mahal sangat.. kira standard ar

  7. Ali ridha pada 11 Dec 2010

    1juta pun tak termampu
    aku nak jual.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader