Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya dunia laman web yang berkonsepkan diskaun akan menjadi antara perbualan hangat pada tahun hadapan, dimana selepas beberapa laman berkonsepkan diskaun dan tawaran dilancarkan sebelum ini, kini ianya turut disertai oleh pembangun disebalik laman lelongan I Love Labels, melalui laman baru mereka I Love Discounts.

Antaramuka Laman I Love Discounts
Sama seperti beberapa laman sebelum ini, termasuk GroupsMore, Tawaran Harian, Baloi dan OrangeDeals, I Love Discounts turut sama mengutamakan para pengguna di Lembah Kelang buat masa ini, dan dijangka akan memperluaskan operasi mereka ke Pulau Pinang tidak lama lagi.
I Love Discounts menawarkan diskaun hebat ke atas pelbagai perkara diantara 40% hingga 90%, dimana ianya akan diaktifkan sekiranya para pengguna membeli sesuatu tawaran itu secara berkumpulan, dan angka minimum tercapai. I Love Discounts menawarkan diskaun dan tawaran dari pelbagai jenis kategori, termasuk spa, makanan, minuman, sukan, kecantikan, parti, aktiviti dan sebagainya. Diskaun baru ditawarkan mereka setiap dua hari sekali, dimana para pengguna boleh mengikuti diskaun-diskaun baru mereka melalui Facebook, Twitter atau secara langsung daripada laman mereka.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
aku akan launch website cam ni gak dalam bulan satu. tungguuuu
ni yg tak ‘berapa’ best ni… yg beruntung pengguna bandar besar jer.. yg kami menginap ‘sementara’ di luar bandar, tak merasa bro.. uhuk2x.. btw, thanks nice info..
best konsep nie, berbelanja dgn bijak menjadi sasaran…pengguna bijak banyak faedah…eh mcm kempen gomen plak…hehe
beli barangan dapat diskaun.