Cari @ Amanz

Salah satu aplikasi popular dikalangan para pengguna iPhone adalah Intagram yang mana membolehkan para pengguna iPhone merakamkan gambar, sekaligus meng-edit dan menambah filter sebelum memaparkannya kepada semua. Menariknya aplikasi tersebut juga kelak akan dilepaskan kepada platform Android tidak lama lagi.

Buat masa ini, masih tiada tarikh pasti bila manakah Intagram untuk Android akan dilepaskan, namun begitu, pembangunnya mengesahkan yang mana Intagram versi Android kini dalam pembangunan. Instagram yang hanya boleh digunakan pada platform iOS buat masa ini, telah melangkaui angka pengguna serama satu juta orang, sekaligus memperlihatkan populariti aplikasi tersebut dikalangan para pengguna iPhone. Selain daripada itu, baru-baru ini, FourSquare turut sama menyokong gambar dari Instagram untuk dipaparkan pada laman mereka, melalui sokongan gambar dan komen pada FourSquare.

Buat masa ini, para pengguna Android masih boleh menikmati ciri-ciri dan fungsi seakan sama seperti mana yang dibawakan oleh Instagram melalui aplikasi seperti PicPlz dan Vignette.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd