20Dec

iWork ’11 Akan Di Lancarkan Pada 6 Januari 2011?

Apple

Selepas Apple mengesahkan yang mana mereka akan melancarkan Mac App Store secara rasminya pada 6 Januari 2011, kini ura-ura turut memperkatakan yang mana pada hari yang sama, Apple turut akan melancarkan iWork ’11 kepada para pengguna Mac OS, selain sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana Mac OS X 10.6.6 akan dilancarkan pada hari serupa.

Menurut beberapa laman web, kini iWork ’09 sudah pun kehabisan stoknya, memberikan beberapa idea menunjukkan yang mana iWork ’11 akan dilepaskan tidak lama lagi. Dan memandangkan Mac App Store akan dilancarkan pada 6 Januari 2011 ini, ianya diperkatakan sudah tentunya yang mana Apple akan mula memberikan para pengguna peluang untuk memasang iWork ’11 secara terus daripada Mac App Store dengan mudah.

Menariknya lagi, iWork ’09 telah dilancarkan oleh Apple pada 6 Januari tahun lepas, memberikan lagi petanda yang mana iWork ’11 akan dilancarakn pada 6 Januari 2011 ini. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Apple buat masa ini.


MyEyes - Ketahui Keadaan Trafik Melalui iPhone
(Video) Sokongan Bantuan Suara Melalui Siri Pada iPhone 4S
Siri Dioptimasikan Untuk iPhone 4 - Bakal Diperkenalkan Dalam Beberapa Minggu Lagi
Aplikasi iOS Amanz Daripada Wut2Feed Kini Sedia Di Muat-Turun
(Video) Perbandingan Antara iPad Baru Dan iPad 2

4 Komen

  1. suffer8zine pada 20 Dec 2010

    alamak, apple pula :P

  2. syahrilhafiz pada 21 Dec 2010

    terbaik dari ladang amanz..;D

  3. Ali ridha pada 21 Dec 2010

    apple pula tunjuk belang.

  4. Lokman pada 28 Dec 2010

    Habis laaa kalau Mac App Store ada, x leh pakai pirate punya iWork ,wajib kena beli dari ladang Mac App Store ni huhuhu… x tau la kalau ada dvd installer iWork 11 dia jual kat kedai.. baik Apple launch terus jual mp3 untuk store malaysia..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader