Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah beroperasi atas dasar jemputan, kini laman About.me dibuka kepada semua, membolehkan setiap seorang mendapatkan halaman profail mereka yang tersendiri dengan URL About.me. Sebelum ini sahaja, lebih 400,000 orang telah mendapatkan halaman profail mereka ketika ianya pada peringkat beta.

Laman Utama About.me
Apa yang ditawarkan oleh laman About.me adalah ianya memberikan anda peluang untuk memuat-naik gambar beresolusi tinggi untuk dijadikan latar belakang profail anda, selain turut membolehkan anda menyertakan pautan-pautan ke laman-laman sosial, sekaligus menjadikannya sebagai suatu destinasi mudah untuk anda merujuk untuk melihat profail-profail para pengguna yang lain. Selain itu, ianya juga menawarkan data statistik, membolehkan anda melihat pengunjung ke profail anda dan sebagainya.
Walaupun ianya bukanlah suatu konsep yang menarik jikalau dilihat untuk mendapatkan pelawat yang berterusan ke laman tersebut, masih ramai yang berkunjung ke laman tersebut untuk peringkat awal ini, untuk mendapatkan URL masing-masing. Mungkin selepas ini, laman About.me perlu membuat sesuatu yang baru dalam membolehkan para pengguna mereka menghabiskan masa yang lebih lama di laman tersebut.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
tujuan dia just untuk upload high resolution pict je ea?
baru je buat..
about.me/menteil
hehe..
mcm menarik..
jom register!
mesti kena register ni, guna tak guna lain cerita..haha
about.me/paeh
kenapa saya buka tak boleh ye? ada cara lain ke?
den nk register skg!
about.me/suffer8zine < semestinya url pro5 ini
nampak mcm menarik je.
Mine… ^_^
About.me/finalcross
No privacy la camni.. Semua org bleh tgk info… :/ xmau2
aku suka domain, about.me. hehe. terus buat about.me/cursefinger
pe barang guna nama samaran kat url.
macam budak kecik. tak pro. guna nama betul la.
Ramai yang lupa membina profile walaupun diblog sendiri kerana dengan profile pengunjung lebih dapat mengenali admin blog lebih rapat lagi. Saya masih belum berani letak profile di about.me melihat gambar background penuh satu screen
hoho aku dah buat, sila2kan..