Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sistem operasi Android daripada Google kini sering diperkatakan yang mana bakal menjadi salah satu fenomena besar pada tahun 2011, dan menariknya, kini Android menamatkan tahun 2010 dengan sesuatu yang menarik, dimana kini lebih 200,000 aplikasi terdapat untuk dimuat-turun di Android Market.
Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dibelakang App Store daripada Apple yang mana mempunyai lebih 300,000 aplikasi, namun begitu, berkemungkinan besar, angka tersebut mungkin akan dapat ditandingi oleh Android pada tahun hadapan dengan mudah.
Selain daripada itu, beberapa data menarik yang turut dikongsikan berkaitan dengan Android Market adalah dimana lebih 2.5 billion aplikasi telah dimuat-turun oleh para pengguna Android seluruh dunia, dengan angka muat-turun lebih 103 aplikasi dimuat-turun setiap saat pada masa sekarang ini.
Dengan angka sebegini, ianya diperkatakan yang mana Android mungkin akan menjadi sistem operasi nombor satu dunia menjelang 2014 kelak. Walaubagaimanapun, angka ini bukanlah angka rasmi yang dikeluarkan oleh Google, sebaliknya didapati daripada laman AndroLib.com.
18 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Apps di Android market mungkin kurang dari di Apple App Store.
Tapi hampir semuanya percuma. Di App Store, app ketagih nak hisap dollar. Gila ke hapa semua nak mentekedarah duit. Angry Bird yg dijual kat App Store boleh di download free kat Android.
Go Android!
Angry Bird kat App Store ada 2 version, free & berbayar. Angry version kat Android Market free tapi Ad-Supported. Antara sebab kenapa developer Angry Bird tak buat version Android yang berbayar ialah tiadanya centralised Android market untuk developer mengaut hasil dari titik peluh diorang.
Itu sebab kenapa big developer agak kurang berminat nak develop untuk Android, buat masa ni.
setakat Disember 2010:
* Gameloft – 136 games for iOS vs 12 games for Android
* Capcom Mobile – 27 games for iOS vs 4 games for Android
* Electronic Arts – 74 games for iOS vs 0 for Android
* Ngmoco – 42 games for iOS vs 0 for Android
* Pangea – 24 games for iOS vs 0 for Android
* Popcap – 5 for iOS vs 0 for Android
* ID’s new game Rage is only being produced for iOS
ade kat sini rupanya.. mac developer ni..hehe.. statistik tu salah ye bang..EA game byk lagi..cube abg pikir bayi dan remaja mana power lagi? for sure la remaja kan? em kalo mcm tu ..tu la beze dia mac dan android.. android ni baru lagi bang..but still boleh beat os lain.. mcm la tak tau yg iphone tu pki jailbreak utk sume aplikasi berbayar..so still free.. maybe developer yg merana taknak buat apps.. tapi byk je developer kat android buat apps khas utk org yg root phone aka jailbreak phone in iphone.. hehe..pikir2.. android walaupun agak baru still terbaik! mmg contender terbaik bagi mac or iphone..
maafkan saya for the EA stat. Stat awal disember, game baru dilancarkan sempena krismas.
Topik yang sangat subjektif; macam saya ni, sangat menitikberatkan kualiti app (interface, less tinkering). Banyak app percuma juga di App Store, cuma kurang menarik minat saya; lack fit & polish (kecuali beberapa app). Cuba saudara cari app percuma dan bandingkan kualitinya dengan app berbayar, dalam genre/kategori yang sama. tak banyak yang lebih baik. EA game yang saudara sebutkan juga bukan percuma. Guna tanpa bayar sama macam pirating (saya tak kisah juga kadangkala).
Saya tak jailbreak, saya bayar mana yang saya rasa berbaloi. Usaha developer untuk menghasilkan app yang sgt baik wajar dibayar, pada pendapat saya, melainkan diorang sendiri yang beri percuma (kadangkala disertakan dengan iklan,etc – to compensate for the loss of income)
Itulah pun maksud saya dalam komen di bawah. Bilangan app rasanya dah jadi perkara yang remeh bila bilangannya dah mencecah ratusan ribu, yang lebih penting ialah untuk mencari app yang berkualiti. Permata dalam pasir, tak gitu.
Hmm tulah, subjektif. Saya lebih pentingkan fit & polish. Saudara lebih sukakan freedom of tinkering. Different approach, different target market for Apple & Google.
Saya tak guna phone utk main games. Apa guna grafik kad yg saya bayar mahal2 utk pc aku. Dan apa guna PS3 dgn lcd tv kat rumah saya tu ? Takkan nak main games pada skrin kecik aje?
Oleh sbb itu, apps pada Android sgt2 la bertepatan dgn user macam saya. Mmg la dia supported oleh Ads, tapi kurang2 saya dpt main tanpa keluarkan duit. Dan bukan software pirate pun? Duit bukannya melimpah ruah macam apps di apple store.
Biasa la bro. Yang pakai Toyota, kata Toyota bagus. Yg main Honda, kata Honda lagi syok. Kalau bro rasa iPhone lagi bagus, saya setuju — sbb itu pendapat saudara. Saya berlainan pendapat pula.
Exactly. Itulas maksud saya. Tiada yang terbaik. It’s a very subjective thinking. Android terbaik untuk saudara. iPhone terbaik untuk saya. Cuma saya menjelaskan perbezaan business model antara iOS dan Android.
Kalau rajin nak baca
http://bit.ly/eF3A3S
“Peter Vesterbacka, Maker of Angry Birds Talks about the Birds, Apple, Android, Nokia, and Palm/HP”
bodoh iskandar. dahtu developer nak makan apa?
Lebih prefer app yang berkualiti dari kuantiti, walaupun kena bayar sikit, tapi puas hati.
Dah masuk ratus ribu app ni, kuantiti dah tak memainkan peranan sangat.
Macam mana kita buat aplikasi dekat android ek?best je rasanya kalau aplikasi ada di kalangan 200000 aplkasi tu?
app kentut tah berapa ribu.
fuyooh, mantap la
sekarang ni makin berminat ke arah android berbanding iphone
idup android!!!!
from android fan boy
haha.. ye ye hidup. terlawat blog saudara hari tu. terpanggil untuk komen
bila la den nk try ni
wah mantaplah korang. aku baru nak belajar psl android ni. haha.
angry bird untuk PC http://www.appup.com/applications/applications-Angry+Birds