30Dec

Lebih 4 Juta Nokia N8 Telah Di Keluarkan

Gajet, Lain-lain

Nokia N8 merupakan salah satu perantian Symbian daripada Nokia yang amat menarik sekali. Sejak pelancarannya pada bulan Oktober lepas, kini ianya diperkatakan yang mana Nokia telah mengeluarkan lebih 4 juta unit perantian Nokia N8 ke seluruh dunia, sekaligus memperlihatkan suatu angka yang besar dalam tempoh kurang 3 bulan.

Nokia N8

Menurut syarikat Inderes Oy yang berpangkalan di Finland, sama seperti Nokia, ianya mengatakan yang mana jumlah Nokia N8 yang terjual di seluruh dunia adalah diantara 3.5 juta hingga 4 juta, dan perantian tersebut amat popular di India, Finland, UAE dan juga Malaysia.

Selain daripada Nokia N8, sepanjang tahun ini, beberapa perantian Nokia telah mendapat perhatian ramai, termasuk C7 yang membawakan fungsi lebih kurang serupa seperti N8, tetapi berharga lebih murah. Di Malaysia, Maxis menawarkan Nokia N8 pada harga serendah RM999 dengan kontrak 24 bulan, manakala Nokia N8 turut boleh didapati pada harga RM1620 di kedai-kedai menjual perantian alat telekomunikasi.


AirAsia : Nak Jadi JuruTerbang? Tulis Blog!
Aplikasi Android App Player Untuk PlayBook Kini Tersebar Di Internet
BlackBerry OS 7 Dan Beberapa Peranti Baru Bakal Dilancarkan Dalam Tempoh Kurang 24 Jam
Nizam Razak - Pengarah Awal Siri Upin & Ipin Dan Boboiboy Menerima Anugerah Tokoh Negara
RTM Menyiarkan Belanjawan 2012 Melalui Web - Turut Menyokong Peranti iOS

7 Komen

  1. msbmna pada 31 Dec 2010

    Kalau tak silap aku, sebelum ni ramai juga pengguna N8 kritik masalah perkakasan dalaman. Dah diselesaikan ke?

  2. Azam pada 31 Dec 2010

    tahun 2011 tahun android? tahun symbian dah lama berakhir?

    • kikoz pada 31 Dec 2010

      bg tahun 2010, xde satu pun smartphone yg menggunakan android bley menarik perhatian sperti n8. hingga skrg Nokia N8 masih kekurangan stock..kerana begitu bnyk permintaan, hope symbian 4 akan muncul dengan perubahan..bukan mudah nak pintas kedudukan symbian dalam tmpoh terdekat sesingkat tu.

  3. steve job pada 31 Dec 2010

    masalah mungkin berlaku pada bbrp unit shj.ianya adalah masalah biasa bagi setiap produk baru, lebih2 lg jika dikeluarkan dalam kuantiti yg banyak.kalau kebanyakan unit menghadapi masalah yang sama barulah boleh menjejaskan kualiti sesuatu produk.sepertimana masalah antena pada iPhone 4.dan adalah tindakan yang tidak bijak o steve jobs yg menyalahkan cara pengguna memegang iPhone dan menyamakan masalah Iphone 4 dgn produk2 dr syarikat lain walaupun apple memohon maaf dan mengaku kesilapan mereka selepas itu.

  4. aizuddin pada 31 Dec 2010

    bila tnya kat kedia..byk yg dah habis stok

  5. syahmishaarani pada 08 Jan 2011

    ANDROID FTW! Symbian dah tua dah, Android pengganti Symbian. Saya tengah nak pilih HTC Desire HD atau Nokia N8. :D

  6. ekspresiruang pada 09 Jan 2011

    teringin nak try nokia n8 ni tapi bb curve saya masih ok lg and very helpful dalam konteks organiser


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader