Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada MeeGo, Nokia juga akan memberikan perhatian serius kepada Symbian untuk tahun hadapan, dimana ianya diperkatakan yang mana sistem operasi Symbian akan dikemaskini antara empat hingga lima kali tahun hadapan, selain membawakan pelbagai perubahan, termasuk dari segi antaramuka dan pelayar web.
Antaramuka yang lebih kontemporari bersama-sama dengan skrin utama yang lebih fleksible dijangka akan diperkenalkan pada Symbian tidak lama lagi. Kemaskini pertama Symbian itu kelak pada awal tahun 2011 dijangka akan membawakan sehingga 50 perubahan, termasuk dari segi antaramuka dan pelayar web, dengan sokonga HTML5 dan sebagainya akan diperkenalkan kelak.
Pada masa yang sama, setelah kebanyakkan perantian mudah-alih menggunakan cip pemprosesan selaju 1GHz, Nokia juga dijangka berbuat sama, dengan telefon pintar dengan cip pemprosesan 1GHz akan diperkenalkan pada tahun hadapan, bersama-sama dengan sokongan grafik memori yang lebih tinggi. Model telefon pintar dengan dual-core juga dijangka akan diperkenalkan, seawal penghujung 2011, atau pada awal 2012.
Akhir-akhir ini, prestasi Nokia dilihat merudum, apabila ramai pengguna beralih kepada perantian keluaran Apple dan juga yang menggunakan sistem operasi Android dari Google. Namun begitu, perkara ini dijangka akan menarik perhatian para pengguna kembali, walaupun ianya dilihat sedikit terlewat.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
symbian…? hahahahahaha
symbian 3 setakat ini adlah os yg terbaik bg smartphone …symbian mempunyai kekuatannya yang tersendiri,tetapi meego menjanjikan sesuatu yg mampu menyamai kehebatan symbian..
symbian 3 banyak improvement dari yang lama, tapi nak kata terbaik memang jauhlah ketinggalan dengan ios ataupun android.. webos pun rasa lagi ok.
symbian kalau banyakan app dan kurangkan lagging memang lagi bagus.
ayat mcm nih selalu terbaca dlm symbianku.com, puji symbian melambung2..hehe
Dah agak bosan bersama Symbian…
menanti Android..hehee
symbian terbaik? wakaka…paling bodoh ttg nokia dan symbian ialah device yg xleh merasa bila versi baru symbian kuar…mcm bodoh giler pakai nokia ngn symbian..
HP NOKIA & SYMBIAN LA YANG KO DUK GUNA DULU..TAK TAU LA KO PAKAI HP YANG CANGGIH(BAGI KHALAYAN KO) APA SKRG..MAJORITI PENGGUNA HP KAT DUNIA NI ADALAH SYMBIAN..
symbian mmg tak best sbb tak byk software
symbian is 2004… is time to change new OS mobile.. symbian 3 pun still takde improvement bab lag dia
Walaupun slow, tapi nokia n symbian ada perancangan sendiri. yang penting brg nokia x semahal smrtphone samsung..hrga mahal tp spec mundur..harapkn android saja lahhh..android masih termimpikan nokia…memilih smsung adalah pilihan yg GAGAL>