13Dec

Mac OS X 10.6.6 Akan Membawa Sokongan App Store

Apple

Para pembangun Apple kini mengatakan yang mana Mac OS X 10.6.6 akan tiba dalam masa beberapa minggu lagi, yang mana akan membawakan Mac App Store yang dinantikan, yang mana akan membolehkan para pengguna Mac OS X membeli dan memasang aplikasi dan perisian dengan mudah pada perantian mereka.

Mac App Store
Antaramuka Mac App Store

Sebelum ini, pada 2 Disember yang lepas, Apple telah pun melepaskan versi pembangunan kedua untuk Mac OS X 10.6.6, yang mana membawakan beberapa sokongan Mac App Store untuk para pembangun. Sebelum ini, ianya sedia maklum yang mana Mac App Store akan menemui para pengguna paling lewat pada bulan Januari 2011 kelak, dan ianya dijangka yang mana akan dilancarkan bersama-sama dengan Mac OS X 10.6.6.

Selain daripada itu, pada masa yang sama, aplikasi popular, yang membolehkan para pengguna iOS memuat-turun aplikasi yang tidak mendapat perkenan daripada Apple, Cydia, turut dijangka akan dilancarkan untuk Mac OS X bersempena dengan pelancaran Mac App Store itu nanti.


Apple TV Yang Baru Lebih Kecil
Apple Mencadangkan Kad-SIM Yang Lebih Kecil Dari Mikro-SIM
Peranti iOS Tidak Lagi Memerlukan PC Untuk Mengaktifkannya
Apple Melancarkan iCloud.com Beta Untuk Para Pembangun
iOS6 Akan Menggunakan Perkhidmatan Pemetaan Tersendiri Menggantikan Google Maps?

7 Komen

  1. Izzat Aziz pada 13 Dec 2010

    Cydia ni ada je dia nak nyibuk..haha
    Makin bertambah sebab lah kenapa perlu beli macbook.

  2. Khai pada 13 Dec 2010

    hhoho.. aku nye 10.6.5 .. cpt la sket ye apple.. hehe.

  3. aizuddinmanap pada 13 Dec 2010

    i like cydia ;)

  4. finalcross pada 13 Dec 2010

    Cydia is a haven for iP4 owner! yoshhh

  5. Ali ridha pada 13 Dec 2010

    pakai duit lagi.

  6. asx pada 14 Dec 2010

    haha, tidak mendapat perkenan eh.

  7. mancai pada 14 Dec 2010

    bila la nak merasa nak guna apple ni…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader