16Dec

Mark Zuckerberg Di Pilih Individu Tahunan Oleh Times

Lain-lain, Web 2.0

Majalah Time yang sering mengeluarkan individu pilihan tahunan, telah memilih pemilik Facebook, Mark Zuckerberg sebagai individu pilihan untuk tahun 2010, memandangkan Mark Zuckerberg sememangnya telah menjadi bualan orang ramai sepanjang tahun, selain menjadikan Facebook sebagai laman terkemuka di dunia pada tahun ini.

Sepanjang tahun ini, pelbagai pencapaian yang telah dicapai oleh Mark Zuckerberg, dimana beliau telah berjaya menjadikan Facebook sebagai laman terkemuka di dunia, menghubungkan lebih separuh billion pengguna seluruh dunia. Pada masa yang sama, sebuah filem khas juga telah dibuat, iaitu The Social Network, selain Mark Zuckerberg sendiri telah mengatakan yang beliau ingin memberikan sebahagian daripada kekayaan beliau kepada kebajikan.

Selain daripada Mark Zuckerberg, Julian Assange, pemilik WikiLeaks turut tersenarai di belakang Mark Zuckerberg, dalam sumbangan beliau dalam menjadikan kerajaan diseluruh dunia lebih telus, dan kebebasan bersuara.


Laman Negaraku Kembali Beroperasi Semula
Twitter Menambah-Baik Fungsi Carian
CIMBClicks Memperkenalkan Ciri Sekuriti Tambahan
BioDigital Human Dilancarkan Sebagai Alternatif Kepada Google Body Browser Yang Dimatikan
PitchIN Dengan Konsep Seumpama KickStarter Bakal Dilancarkan Pada Bulan Mei

7 Komen

  1. kyo_9 pada 16 Dec 2010

    lepas nih ada filem pasal Assange skali kot??

  2. zuarxpdc pada 16 Dec 2010

    memang patut pun..di mana2 saja org akan sebut pasal fb..nak kenal guna fb, bisnes fb, promote benda fb..huhu..tp walaupun dia ni bz tapi tetap ada gf gak..nak tgk sape gf die boleh masuk cni^_^
    http://www.zuarxpdc.com/2010/12/gambar-hot-girlfriend-mark.html

  3. Omar pada 16 Dec 2010

    lepas ni tunggu citer pasal WikiLeaks la pulak..

  4. Izzat Aziz pada 16 Dec 2010

    tak de orang lain lah bleh dapat benda ni.. Najib puns sesuai gak..haha

  5. mosyar pada 16 Dec 2010

    hohohoho…
    agaknyalah, kalu mark zuckerberg sedang meronda-ronda di chow kit, rasa2 korang perasan tak tu dia owner facebook…hahahaha

    • Maya pada 17 Dec 2010

      Kompom aku tak kenal ehehehe

  6. mohadila pada 18 Dec 2010

    rasanyer x kenal kot….coz klu tgk kt pic ngan kt luar lain…apapun solute wat mark coz mencetuskan fenomena utk dunia….duit pun masyuk gak….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader