Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu antivirus yang terbaik untuk Microsoft Windows adalah sudah tentunya aplikasi yang dikeluarkan sendiri oleh Microsoft, iaitu Microsoft Security Essentials yang diberikan secara percuma. Menariknya, hari ini secara rasminya Microsoft melepaskan versi kedua untuk Security Essentials, membawakan beberapa perkara baru.

Microsoft Security Essentials 2
Melalui Security Essentials 2, Microsoft membawakan beberapa penambah-baikkan, menawarkan perlindungan yang lebih bagus dengan mengintegrasikannya bersama-sama beberapa fungsi Windows. Aplikasi antivirus sekarang ini banyak bergantung kepada kemaskini definisi virus, yang mana dikatakan masih tidak mencukupi oleh Microsoft, sekaligus membawakan enjin carian yang ditambah baik ini.
Pada masa yang sama, MSE 2.0 ini juga turut sama mengintegrasikan dirinya pada beberapa aplikasi Windows sedia ada, termasuk pada Windows Firewall dan Internet Explorer, sekaligus menawarkan perlindungan menyeluruh kepada virus dan bahaya berasaskan serangan rangkaian ataupun berasaskan web.
Seperti sedia maklum, Microsoft Security Essentials 1.0 sendiri telah memperlihatkan prestasi yang amat membanggakan, selain menjadi salah satu antivirus yang menjadi pilihan ramai pada masa kini. Melalui Microsoft Security Essentials 2, ianya sudah tentu akan terus membawakan prestasi yang amat menakjubkan sekali.
Bagi para pengguna sedia anda, anda boleh mengemaskini aplikasi Security Essentials anda secara automatik, manakala para pengguna baru, boleh memuat-turun aplikasi Microsoft Security Essentials 2 ini secara percuma daripada laman rasmi Microsoft dan mula melindungi anda sepenuhnya.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
MSE memang antivirus yang paling bagus untuk Windows.. tak perlu keluar duit beli antivirus berbayar..
nk try la pakai … saje2 borink2
konpem untuk windows ori je kan?
*eh, aku pakai mac!
yup, sesuai sangat untuk mereka yang menggunakan Windows Vista, aku test, laju jer komputer aku sekarang..
MSE bakal diupdate untuk notebook di pejabat
tu la psal bro.. bnda dh free.ade tkde..nk pndai stting jr..
klau bleh la.. bro-bro tnjukkan la cra-cra yg btul nk stting..
snang bgi yg tk thu..
still love using kaspersky. had tried it before. microsoft should enable this software to co-running with existing antivirus on our windows system.