Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti sedia maklum, terdapat beberapa sistem operasi atau distro Linux buatan tempatan, termasuk Oshirix, Narloo Ribbon OS, simpleLinux, dan terkini adalah my1os, yang mana dibangunkan berasaskan Debian dan menggunakan persekitaran dekstop GNOME sebagai platformnya.

Antaramuka my1os

Antaramuka my1os
Buat masa ini, ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan versi pembangunan terakhir menggunakan nama kod Tuah, dan membawakan pelbagai aplikasi seperti mana distro-distro Linux yang lain, termasuk Empathy IM, Mozilla Firefox, Google Chrome, dan Gyachi (sebagai ganti Yahoo! Messenger). Menariknya, ianya turut menyokong perantian jalur-lebar mudah-alih melalui my1broadband Dialer dan juga Vodafone Mobile Connect yang didatangkan bersama-sama dengannya. Pada masa yang sama, dalam identitinya sebagai keluaran Malaysia, ianya turut menyertakan pautan pantas ke laman web E-Kerajaan Malaysia.
Namun begitu, masih tiada sebarang pautan muat-turun yang disediakan pada laman web tersebut, untuk para pengguna untuk menguji terlebih dahulu sistem operasi my1os ini. Sehingga kini, pihak mereka menghantar versi beta kepada para pengguna melalui CD, dan melalui halaman my1os pada Facebook, pembangunnya mengatakan yang mana versi pembangunannya sudah pun mencapai versi stabil. Mungkin dalam sedikit masa lagi, ianya akan dilepaskan kepada umum. Sama-sama kita nantikannya.
Kemaskini : Ianya diketahui yang mana MY1OS tidak akan diedarkan secara percuma, manakala akan dijual pada harga kurang 80% daripada sistem operasi lain (Windows?), dan oleh kerana itu tiada pautan muat-turun disediakan.


53 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Tunggu feedback org2 otai komputer camne dulu
actually aku plan nak pegi opis dia sendiri. aku tak puas ati sbb nampak sgt based on Debian tapi dia nak JUAL.
kecoh la lu mat. lek dah.
sejak bila tukar nama mrkay jadi k? haha
jual? oh tengok harga dulu…huhu..mungkin lepas ni banyak pulak os ni kat jabatan jabatan kerajaan
aku xrasa idea ni akan berjaya buat untung…
apa masalah nak jual produk open source?
Eh redhat masa bukak IPO (initial public offering) jual ape.Redhat closed source ke?ke redhat ni opensource?
“To understand the concept, you should think of ‘free’ as in ‘free speech’, not as in ‘free beer’” – Richard Stallman .. OSCC (open source compentency centre) klu tak dibayar dek MAMPU pun akan jadi tak free jugak .jgn jahil sangat bab opensource ni bro.kaji leklok .. think before you open your mouth.
tapi an, fedora ad.
The point is .. apa salahnya opensource dijual?Klu harga berpatutan… tak salah.
Kut fedora sendiri pun .. derang funded dek Redhat jugak.Kut di sponsor pun la ..
sponsor tu dtg tang mana?Tak ke somehow someway ada pihak jugak kena
bayar something? It’s not a free teh tarik bro .. nak menikmati teh tarik is free.
Lepak la mana pun, tepi tembok ke klu nak menikmati teh tarik .. it’s free tapi
to enjoy the teh tarik .. kena la ada teh tarik .. so you have to pay for the teh tarik
also. And your point is?
sape yek ckp jual tu salah?
Entah scroll la ke atas nuh .. ada pulak yg kata
nak gi opis derang.
ooo. mamat tu baru pakai opensource kot…gyahahahaha~
betul tu. kalau semua bende nak free, susah la mau hidup. Mungkin diorang kerja siang malam type code. cuba hargai usaha mereka.
ps: isap kote pon tak free bai.
bertambah meriah la
orang guna Os linux.
gud.. tp mengecewakan jugak nanti..
haha. kecoh sudah. jom tgk kualiti die cmne.
harga mesti kena murah
dari windows dan mac os x.
mana buleh murah lagi. windows korang free dari tpb. mac os lak $29 je.
haha.
harap ok la
wah.. menarik ni, kalau murah boleh la nak beli, kang mahal cam windows, susah la nak cakap.
Bukan jual kat individu. Tapi jual kat jabatan kerajaan/ commercial license.
Linux free virus, maintainance relatif rendah. Jadi memang ni diperlu oleh pihak komersil gini, mcm untuk kegunaan syarikat atau komersil.
awesome. will definitely tried it. one more things, can it be used to support hosting server? please include remote desktop feature also .
“free” software tu maksudnya “bebas” nak modify/copy/re-distrubute, “percuma” pula cara ko dapatkannya, kalau member korang beli cd my1os ni, pastu copy bg free kat korang, pastu korang install kat 100 biji pc company pun, my1os tak bole saman… kui3, ubah je repo tayah pakai diorang punya (itu pun kalau diorang guna repo sendiri)
tapi aku hairan gak, macamana my1os nak charge? mereka jual distro tu ke atau charge ikut support. kalau kos upah it technician berkaliber lg murah, baik pilih distro lain. alang-alang debian based, pakai ubuntu atau debian terus lagi baik.. reliable & more support tu penting
Wah bagus cadangan ko ni, opensource piratekan balik opensource. Haha! Lawak ko nih,dah murah laei nak murah, baik tak payah pakai. Kalau dah pandai sangat kenapa ko sendiri tak buat macam derang buat? Please la .. mentaliti cam ni la merosakkan balik dunia opensource. Dari ko nak pirate kan derang baik ko piratekan Redhat tu sendiri psl dieorg pun cas opensource.
humorous. lagi seorang tak tau falsafah FS.
eh pergi baca GPL punya clause la.
ha’ah laei sorang humorous .. sahih tak baca yg redhat buka IPO
(initial public offering) a.k.a saham yg mana redhat sendiri guna GPL
lesen..
“The initial public stock offering for Linux software maker Red Hat exploded today as share prices tripled in value, closing at 52.06.
Red Hat shares, trading under the symbol RHAT, were priced initially at 14 but quickly began to climb. The success of the first day gives the company a capital value of around $3 billion.
Read more: http://news.cnet.com/2100-1001-229679.html#ixzz19989j9Vd“
setuju cakap ko tu, sesuai dicilok balik
kalau diorang build atas kernel dan bla2 sendiri tak pe la,,
wah.. menarik ni, kalau murah boleh la nak beli, kang mahal cam windows, susah la nak cakap.
ugly bin buruk
tunjuk rasa hormat sikit kat open source. kalau My1OS pakai kernel binaan sendiri, x server binaan sendiri, desktop environment binaan sendiri, user tak kisah nak charge berapa hal pun.
nak kaitkan dengan RedHat, nmpak kelakar jugak, RedHat pulak dah jd mcm penyedia infrastruktur mega, nak disamakan dengan My1OS yg bru nak bangun dan dah mula tunjuk belang…. melainkan kalau My1OS turut menyumbang dlm pembangunan infra struktur kebangsaan, wajarlah di-caj utk penggunaan..
tambahan lagi, pengguna linux di malaysia tak ramai mana, kitorang pun tak ada yayasan yang kukuh sebagaimana indonesia…
Nasihat utk founder My1OS, jika anda mahu diri anda disayangi, anda bikin proposal kepada kerajaan malaysia untuk wujudkan Yayasan Linux Malaysia, dan gunakan dana yang diperoleh untuk bina OS anda sendiri (My1OS), daripada hidup seperti merempat atas nama OpenSource dan juga memberi alasan “ala, RedHat ….. IPO tuh diorang bla bla bla”… kami akan mual dan termuntah-muntah (mungkin…)
[tgk author kita pon dah datang]
“To understand the concept, you should think of ‘free’ as in ‘free speech’, not as in ‘free beer’” – Richard Stallman. Open source adalah sumber terbuka. Dimana jika terdapat penggunaan lesen GNU_GPL – dan mendapatkan ia secara PERCUMA pulak tu, distribusi itu WAJIB menyertakan sumber, yang boleh didapati secara PERCUMA juga.
Sumber [sources] boleh ditukar menjadi binary kembali, dimana ia boleh dibina kembali menjadi hasil yang sama seperti host nya, sebagai contoh, My1OS berbayar, dan My1OS menyediakan sumber, kita boleh tukarkan sumber [sources] tu jadi My1OS balik, kalau kita compile sebijik-sebijik.
Nak cakap pasal red hat pulak, author kita cakap memang betul. Saya sangat2 setuju. Red hat ada sumber yang boleh didapati secara percuma ke tak?? uih, ada beb… kalau tak macam mana boleh ada CENTOS [Community ENTerprise OS]???? macam mana ada Fedora??? Hmmm??? baca ni http://www.redhat.com/opensourcenow/ mungkin korang boleh mendapat sesuatu dari situ..
Cakap tak serupa bikin, korang kena baca banyak pasal lesen2 ni.. Kita boleh charge orang untuk support, dan juga untuk medium… Kita juga boleh membuat orang WAJIB membeli support dan juga medium, tapi kita tidak boleh charge untuk SUMBER dia.
Sumber RED HAT http://ftp.redhat.com/pub/redhat/linux/enterprise/
CentOS yang based dari Red Hat 5 [alamak????] http://isoredirect.centos.org/centos/5/isos/i386/
FEDORA ftp http://mirrors.fedoraproject.org/publiclist/Fedora/11/
Dah faham??? Red Hat based???? macam mana kalau My1OS jual, dan kita dapatkan source dia, dan muncul pula Community My1OS???? alamak??? fikir baik2 jangan gaduh2 pakai fakta, jangan ambil contoh RED HAT dalam apa2 perbincangan.. baik baca GNU_GPL..
“…. and charge them if you wish” ya memang ayat ni ada dalam GNU_GPL v3… [Ubuntu dan GNOME is GPL'ed] TAPI ada syarat nya…….. jeng jeng jeng
“When we speak of free software, we are referring to freedom, not
price. Our General Public Licenses are designed to make sure that you
have the freedom to distribute copies of free software (and charge for
them if you wish), that you receive source code or can get it if you
want it, that you can change the software or use pieces of it in new
free programs, and that you know you can do these things.”
hahahaha dah nampak?? ke tak nampak, nah baca versi yang boleh bagi besarrrrrrrr punya http://www.gnu.org/licenses/gpl-3.0.txt
http://www.redhat.com/about/mission/opensource.html Nah lagi satu…. baca puas2 eh korang semua.. baru la nak berhujah
ape nak gaduh2..pakai je la mana yg korang suke. suke lancer? beli mitsu lancer. suke inspira? beli proton. ape susah.
on the other notes, susah nak implemen kat kerajaan memandangkan kebanyakan sistem are win-based. ade server yg linux/nix-based tp untuk pengguna still window-based. bayangkan berapa bilion yang perlu kerajaan tanggung untuk revamp balik keseluruhan sistem kerajaan semata-mata nak pakai ur1os. bukan saja dari segi dinar, tapi masa dan tenagakerja yg diperlukan untuk membina semula sistem.
kerajaan pula beli komputer rata2 yg preloaded windows (Dell, Acer, Lenovo, HP etc), macam mana nak kurang 80% dari harga OS semasa? nak preloaded jugak dengan Dell, Acer, Lenovo, HP etc? hebat!
utk distro2 lain dari malaysia, korang boleh la celen balik. ur1os ade simpati im?ff?chrome?gaychi? korang letak dlm distro korang. ur1bb dialer? letak jugak. link ke e-gov? letak jugak. kasi up sikit, letak openoffice (untuk office automation). letak jugak spamware, spyware, tapauware, underware letak sume. bagi pilihan; nak bloated atau lean mean os. give out for free of course.
so guys,
smart guy buy ur1os, but smarter guy download free package;P
Jangan lah banyak cakap lagi, developernya pun dah reply email saya:: [saya setuju penjualan My1OS sepertimana Red hat, saya juga setuju seperti mana red Hat menyediakan sources... dan AL HAIL My1OS!!!!!!!!!!!!!!!]
Assalamualaikum w.b.t,
Kehadapan saudara Fariz Luqman,
Pertama sekali saya memohon maaf atas kelewatan membalas email saudara
kerana kesibukan masa.Diharap saudara dapat menerima seadanya.
Berkenaan dengan pertanyaan saudara, izinkan saya menjelaskan sedikit
sebanyak projek kami iaitu my1os.
Pertama sekali kami bukanlah ingin menjadi musuh/rival kepada mana mana OS
yang sedia ada baik diluar negara mahupun didalam negara Malaysia. Kami
ingin sekali melihat kerjasama yang boleh dihasilkan antara satu sama lain
demi mencapai objektif Kerajaan Malaysia iaitu Inovasi,Kreatif serta
memacu pembangunan negara.
Didalam kami membangunkan sistem operasi ini, kami tidak sama sekali
dengan niat untuk melanggar mana mana peraturan lesen mahupun amalan lesen
yang dikeluarkan oleh GNU iaitu GPL (General Public License) samada ianya
versi 1,2 mahupun 3. Kami ingin sekali mencuba menceburkan diri dengan
mengambil model contoh kami iaitu syarikat antarabangsa yang terkemuka
didalam bidang sumber terbuka ini iaitu Red Hat.
Ya kami akui bahawa kami mengenakan caj bayaran serendah RM 111.00 bagi
mendapatkan perisian sistem operasi kami iaitu my1os, tetapi ianya
bukanlah berbentuk lesen sama sekali. Ianya hanyalah melayakkan seseorang
pengguna yang bersetuju sepenuhnya menggunakan perisian sistem operasi
kami mendapatkan khidmat bantuan sokongan (support services) seperti mana
model perniagaan Red Hat. Izinkan saya sebagai pembangun utama sistem
operasi my1os untuk memetik kata kata Richard Stallman iaitu Founder GNU
“free is in freedom, not free as in free beer” melalui filem dokumentari
Revolution OS 2001 .
Melalui filem dokumentari tersebut beliau menekankan prinsip berkongsi
maklumat sesama sendiri dan seluruh dunia serta menggalakkan bagaimana
boleh berniaga melalui sistem sumber terbuka. Dan diakhir filem
dokumentari tersebut, ditunjukkan dimana saham Red Hat dibuka secara
rasminya pada 19hb Ogos 1999 melalui IPO (Initial Public Offering)
sehingga bernilai 3 Billion USD dan rentetan dari inisiatif yang dimulakan
oleh Red Hat, VA Linux System mengikuti jejaknya dan berjaya.
Disini bukanlah maksud saya menerangkan secara panjang lebar kenapa kami
memilih business model Red Hat. Akan tetapi saya percaya bahawa saudara
juga pembangun sistem operasi juga iaitu simpleLinux yang saya meletakkan
harapan tinggi untuk bersama sama berjaya dibidang yang saudara ceburi dan
ingin sekali melihat saudara dapat mengembangkannya hingga ke tahap yang
lebih tinggi.
Kami pembangun sistem operasi my1os juga sentiasa melihat perkembangan ini
secara positif dimana kami bernaung dibawah Kementerian Antarabangsa dan
Industri (MITI) didalam program keusahawanan mereka serta kami bernaung
dibawah Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Adapun begitu kami melihat
perkembangan menjual khidmat sokongan bantuan (support services) tidak
melanggar mana mana klausa yang telah ditetapkan oleh GPL serta lesen
lesen yang berkenaan. Jika kami terlepas pandang, diharap saudara dapat
memperbetulkan kami supaya dapat dimanfaatkan bersama sama.
Memetik kata kata En. Kahar Kamarudin di Facebook my1os, langkah seribu
bermula dengan langkah yang satu dan sudah tentunya jika tidak dimulakan
dengan langkah yang satu maka tidak akan tercapai langkah yang seribu.
Banyak lagi perkara yang kami perlu perbaiki dari masa ke semasa sistem
operasi my1os samada dari segi teknikal mahupun dari segi pentadbirannya.
Adapun begitu kami bersedia dengan beraninya melangkah kehadapan.
Sudah tentunya saudara tertanya kenapa kami tidak memberikan secara
percuma kerana sumber kod yang kami terima adalah sumber terbuka serta
lesennya adalah untuk semua. Ya memang kami tidak menetapkan sebarang
syarat untuk menerima sumber kod kami, malah saudara boleh mengubahnya
tanpa sebarang permasalahan kerana ianya telah tertakluk dibawah lesen GPL
serta lain lain lesen yang berkaitan. Akan tetapi kami menampung kos yang
tinggi untuk mengedarkannya serta kami bukanlah memberikan semata mata
CD/DVD/USB malah kami memberikannya didalam bentuk starter pack yang
berisi dengan key-chain serta lain lain goodies yang difikir sesuai. Ini
tidak termasuk kos permulaan bagi support center kami serta talian
berkenaan dengan support services, malah kos untuk menampung operasi
pelayan kami.
Projek sistem operasi my1os bukanlah semata mata mencari keuntungan
sahaja. Kami bekerjasama dengan IPTA serta IPTS dalam program CSR
(Corporate Social Responsibility) kami. Malah kami menawarkan peluang
pekerjaan kepada lepasan graduan yang difikir sesuai untuk diserapkan
kedalam projek sistem operasi kami. Pihak kami sentiasa in-line dengan
hasrat Kerajaan Malaysia dimana menghasilkan produk inovasi dan menekankan
kreativiti.
Jika saudara tertanya adakah kami menggunakan sumber kod Ubuntu/Debian,
jawapannya, benar kami menggunakan sumber kod Ubuntu/Debian didalam
membangunkan sistem operasi kami. Dan seperti yang saya terangkan diatas,
kami sentiasa mematuhi lesen GPL serta lesen lesen berkaitan. Jika dilihat
dari perspektif yang lain, jika saudara menggunakan kernel linux versi
2.6.x, ianya tidak berbeza dengan versi kernel linux yang kami gunakan.
Akan tetapi jika dibandingkan dengan Red Hat dan lain lain distro yang
sedia ada. Saudara dan saya sendiri tidak berbeza dengan mereka, kerana
mereka juga menggunakan kernel linux versi 2.6.x kerana ianya datang dari
satu sumber iaitu laman web kernel.org .
Lebih mudah jika dapat dilihat sebegini, Red Hat jika di USA, perisa
pizza/hamburger, akan tetapi kami/kita berperisa sambal petai, budu dan
seterusnya.
Akan tetapi bukanlah mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan jika tidak
menempuh kepayahan. Kami sentiasa berfikiran positif terhadap sebarang
komen/cadangan/kritikan/cemuhan samada di mailing list mahupun di forum
dimana sekalipun. Kami tidak berkecil hati jika ada terdiri dari bangsa
Melayu sendiri sekalipun mencemuh ataupun memberi pandangan negatif
terhadap kami. Kami terdiri daripada 100% bumiputera melayu yang
membangunkan sistem operasi ini tanpa apa apa yang perlu diselindungkan.
Kami juga mengambil iktibar dari sistem operasi terdahulu seperti Ketupat
Linux, Embun dan lain lain. Penghormatan untuk mereka yang gugur dalam
perjuangan sumber terbuka. Dengan izin, “where they fall is where WE
continue their fight” . Dimana mereka gugur disitulah kami, pembangun
sistem operasi my1os akan menyambung perjuangan mereka.
Kami juga tidak memasang niat jahat terhadap mana mana sistem operasi yang
lain seperti saudara dengan simpleLinux, saudara saya mambang/Oshiri
dengan OshiriX dan lain lain lagi. Kami menyanjung penuh dan menghargai
usaha saudara sekelian didalam memperjuangkan sistem operasi sumber
terbuka.
Diharap penjelasan ini dapat sedikit sebanyak memperjelaskan keraguan
saudara berkenaan dengan projek sistem operasi my1os. Kami bukanlah
berunsurkan politik, kami hanya patriotik kepada Malaysia.
Sekian, terima kasih
RM 111.00 = LOL
Setuju dengan bayaran tu..Kalau nak support My1OS ni..bagi yg tak mampu tu ..kongsi-kongsilah dgn kawan2. Beli 1 cd.. kongsi 10 org..byr baru brp..sbb apa byrn tu bukan utk lesen cam windows. Beli satu cd..boleh install dlm byk komputer..
Takda istilah piracy dalam Linux kan? Betul juga kata mu ni.
haha…seperti biasa budak yg tak paham GPL citer pasal harga
kalu dia bagi free pom aku x nak guna os nie. tapi aku takut kalu jenama nie yg top berbanding os yg lain (Oshirix, Narloo Ribbon OS dan simpleLinux). dan aku rasa akan ada 1 os keluaran malaysia lagi akan muncul x lama lagi. aku dah sedia maklum tahu aku barang2 ada tag gov nie mmg akan cekik darah, tengok sendiri la harga keta waja kat malaysia berbanding keta waja kat mesir.
korang rasa apa kata orang2 luar cakap bila tengok os nie?
harga RM 111.00 tuh aku rasa murah giler kalu os nie boleh menandingi ubuntu, fedora dan lain. tapi klu os nie banyak bug lagi elok untuk dipasang kat opis gov di malaysia, sbb nanti seng nak curi2 maklumat.
baguslah dengan keluaran os my1os nie secara x lagsung akan merancakkn lagi pengguna komputer di malaysia ke arah sumber terbuka, walaupom duit yg jadi penghalang.
dan bila aku lihat os nie aku rasa sistem operasi nie based on politik bukannyer based on Debian.
anthrax setuju degan Tau9eh
haha..based on politik..yupz tepat sekali..
standard la kalau ade wang semua boleh jalan..
sebab wang tanah pusaka tergadai..
sebab wang maruah hilang..
*dengan RM111.00 aku leh pegi makan KFC seminggu n download ubuntu for free..hehe
nmpknye my1os dh tukar kepada fimos,
spatutnye pembangun fimos perlu terangkan sejelas-jelasnye mengenai bayaran yg dkenakan utk apa,wlaupun dinyatakan byran itu utk support,ia perlu dikurangkan supaya pengguna mampu wlaupun sy rasa xkan dpt sambutn mana..bagaimana ingin bersaing dgn distro2 yg lain yg free,lebih stabil?
klau bgi free pun,sy xjangka org akan guna..jus try and throw..
**ni support utk diorang..
biar ar diorang nk jual..sape nk beli, beli la..xnak beli sudah ar…nk guna microsoft pun xpe..pirate ke x pirate ke…buat jek ape korang suka…hahaha…freedom of speech,freedom of action, freedom of everything..in the end the world will still in balance..because when there is action there is reaction..
Mr Aman boleh tunjuk my1os repo tak ?
Vodafone Mobile Connect Linux tidak menyokong 3G USB modem yg terkini. Good Luck.
kate nak tolong rakyat malaysia, apahal ler pulak kene bayar? byk lagi OS Linux keluaran Malaysia dan free nak download. Apa jaminan kepuasan dari Os ni? Sedangkan Windows pon ade gak org komplain, lu tengok la rakyat indon, sebangsat bangsa dorang pon takder la plak nak jual OS linux keluaran dorank. Lu kasi Os free to download ler… software u kasi jual. senang citer….. atau nak kene basuh otak orang yang suke ambik kesempatan nie?
+1 +1 +1 +1 +1 +1 +1 +++++1
myotak: SETUJU !!!
http://whiteboxlinux.org/download.html Whitebox Linux [Red Hat Based]
http://www2.mandriva.com/pl/ [dahulu based on red hat, sekarang tak tahu la, masih red hat lagi kot]
http://www.trustix.net/ [based on Red hat]
http://www.asplinux.ru/ [based on Red hat Enterprise Linux]
http://www.esware.com/ [red hat based]
http://www.vinelinux.org/ [red hat Linux based]
http://www.k12ltsp.org/ [Red Hat linux based]
http://linuxinstall.org/ [rhel based]
http://fedora.redhat.com/ [rhel based]
http://www.bu.edu/computing/linux/ [rhel based]
http://linux.web.cern.ch/linux/ [rhel based]
http://www.blagblagblag.org/ [rhel based]
http://www.insignesoftware.com/produtos/gnu.php [rhel based]
http://www.lineox.com/ [rhel based]
http://www.startcom.org/ [rhel based]
http://www.ccur.com/ [rhel based]
http://www.piebox.com/ [rhel based]
http://www.centos.org/ [rhel based]
https://www.scientificlinux.org/ [rhel based]
Konklusinya, sumber terbuka menawan dunia. Noktah.
Sayo Sayo~~ .. ini Os lu mau jual ka??
Lu mau jadi Taiko besar ka??
wei..g jual sayo jauh2 ah…^_^
Lar.. baru nak masuk.. dapat ni
This webpage is not available
The webpage at http://my1os.my/ might be temporarily down or it may have moved permanently to a new web address.
Error 137 (net::ERR_NAME_RESOLUTION_FAILED): Unknown error.
linux yang baguz ..
maju terus OpenSource ..
kita bangga punya linux ..
..