09Dec

myE-Buzz Melancarkan Halaman Central

Web 2.0

Seperti sedia maklum, terdapat beberapa laman feed aggregator di Malaysia, seperti FeedMalaya, Kaki Komplen dan sebagainya, dan palin terkini ianya disertai oleh my E-buzz Central, yang membawakan pelbagai berita di Malaysia mengikut kategori untuk memudahkan para pembaca membacanya.


Antaramuka Laman MyE-Buzz Central

Melalui my E-buzz Central, ianya membawakan berita dalam dan luar negara, dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris, dimana para pengguna boleh memperlihatkan berita dan membacanya mengikut kategori, samaada anda ingin membaca berita berkaitan teknologi, politik, ekonomi, sukan, hiburan dan sebagainya.

Bagi yang tidak kenali my E-buzz, ianya merupakan sebuah laman yang membolehkan para pengguna menghantar artikel dan mengundi dengan mudah, berfungsi seperti laman Digg dan Negaraku (kini tidak boleh diakses). Kini, dengan pelancaran halaman Central pada my E-buzz, kita dapat lihat yang mana pembangunnya sudah mula memberikan perhatian kembali, dan mungkin beberapa fungsi baru akan diperkenalkan pada laman my E-buzz tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.


BarCampMalaysia : Pengenalan Kepada Drupal
Paparan Antaramuka Baru Friendster
GengBlogger Memperkenalkan Fungsi Statistik
Infografik : Twitter Kini Mempunyai Lebih 200 Juta Pengguna
MPH Turut Sama Menyertai Arena Penerbitan Digital Melalui MPH Digital

4 Komen

  1. fiqri91 pada 09 Dec 2010

    baru jew usha myebuzz tadi…
    memng berguna ada satu web yg pelbgai maklumat dari sumber yg berbeza…
    amat2 membntu…
    bila r blog aku nak tersenarai dalam myebuzz ye..:)

  2. suffer8zine pada 09 Dec 2010

    wow nice info bro!

  3. Ali ridha pada 09 Dec 2010

    chedet ada sertai tak?

  4. aizuddin pada 09 Dec 2010

    best la ada idea baru..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader