Informasi Komputer dan Teknologi Semasa

Tidak sampai sebulan Google dan Samsung melancarkan Nexus S, kini beberapa pengguna tempatan sudah pun menjadi yang terawal menggunakan Nexus S di Malaysia. Nexus S merupakan telefon pintar pertama yang menggunakan Google Android 2.3 Gingerbread, yang mana membawakan pelbagai fungsi-fungsi baru yang menarik sekali.



Nexus S didatangkan dalam sebuah kotak yang serba ringkas dengan yang didatangkan dengan sebuah pengecas yang mana kabelnya turut sama boleh digunakan untuk menghubungkan perantian Nexus S ke komputer, serta hands-free untuk membolehkan anda bercakap dengan lebih mudah ketika bergerak. Ianya turut sama didatangkan dengan sebuah buku panduan ringkas, dan juga kad warranty untuk Nexus S.

Nexus S bersama perantian yang lain

Ketebalan Nexus S
Nexus S daripada Samsung ini membawakan cip pemprosesan 1GHz Cortex A8 (Hummingbird), dan memori terbina dalaman 16GB. Nexus S turut membawakan kamera hadapan dan belakang 5-megapixel, yang menyokong autofokus dan Flash. Skrin seluas 4″ WVGA Super Amoled padanya membawakan sokongan sensor sentuh kapasitif, dan juga lapisan anti-cap jari.

Nexus S Depan dan Belakang

Dengan perisian Android 2.3 pada Nexus S, ianya turut membawakan pelbagai fungsi menarik dan membawa prestasi telefon pintar tersebut kepada maksimum, membawakan antaramuka yang diberikan nafas baru, papan kunci yang lebih menarik berbanding sebelumnya, sokongan NFC (near-field communication), sokongan panggilan internet (VoIP), sokongan panggilan video, peta dalam bentuk 3D, dan hiburan yang lebih menarik pada skrin seluas 4-inch.
Di Malaysia, masih tiada syarikat telekomunikasi yang menawarkannya buat masa ini, dan masih tidak diketahui berkenaan dengan perancangan Samsung Malaysia berkaitan dengannya. Walaubagaimanapun, para pengguna yang berminat masih boleh dapatkannya pada harga cuma RM2400 secara terus dari forum Lowyat.
Terima kasih kepada Irwan6179 untuk gambar.
17 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
tak lawo pun..
plastik
htc besi titanium..lol
sokong.
Owhh,ni kiranya sbg promosi dari forum Lowyat la ye En Aman. huhu
haha. nope. ini merupakan petanda yang memperlihatkan mungkin mulai tahun hadapan, kita akan dapat mengikuti perkembangan gajet dengan lebih pantas, dan tidak hanya perlu bergantung kepada syarikat telekomunikasi.
byk sangat telefon pintar tapi satu pun aku tak beli
wow!
smart lg dari iphone tuh..
arip je tak pandai tengok..hihihi
tersangat pintar ke nexus ni.
Google kat belakang tu yang buat benda ni nampak seksi
bila la jenis2 ipon ni nak murah..huhuu
Antara gadjet terbaru yang harus dimiliki oleh semua
Aku agak lambat dengan techno news sekarang banyak sangat aku nak baca dan kaji. Jadi aman, berita yang kau kongsi ni memang kena masa untuk orang macam aku yang sempit waktu. Trimas!
*merajuk dengan Maxis10*
alhamdulillah. Nexus S memang best.. hahahah aku sudah miliki.