Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Bersama-sama dengan pelancaran Android 2.3 Gingerbread, Google juga turut sama memperkenalkan telefon pintar pertama yang menggunakannya, iaitu Nexus S daripada Samsung, yang mana sekian lama dinantikan oleh para peminat Android seluruh dunia.


Tidak seperti telefon Android keluaran Samsung sebelum ini, Nexus S menggunakan antaramuka asal Android tanpa sebarang pengubah-suaian, selain dimana Google dan Samsung telah bekerjsama sepenuhnya dalam mengintegrasikan perantian tersebut bersama-sama platform terbaru Android itu.
Dari segi teknikal, Nexus S membawakan prosessor 1GHz Hummingbird, kamera depan dan bbelakang, memori terbina 16GB, dan juga fungsi NFC (Near Field Communication) yang membolehkan anda membaca informasi daripada tag NFC. Pada masa yang sama Nexus S merupakan telefon pintar pertama dilancarkan bersama-sama dengan Contour Display seluas 4″.
Nexus S boleh didapati di Amerika Syarikat bermula 16 Disember dan seterusnya mulai 20 Disember di UK. Memandangkan ianya tidak di kunci (unlocked), dan dibangunkan oleh Samsung, berkemungkinan besar, ianya akan sampai jua di Asia kelak. Sama-sama kita nantikannya.
20 Komen
Tinggalkan Komen Anda
*woot* Rekabentuk yg menawan!
1GHz Hummingbird..? Boleh explain… maleh google… =P
cpu dia boleh hangatkan peha kalau musim sejuk.
FAIL = Takde slot Kad,Kamera 5MP, takde radio
tak FAIL kalau setakat kurang slot kad, iphone pun tak de, kamera 5mp, aku rasa nexus datang dengan 5mp kamera tak confirm gak.. radio!? hp aku ada radio, tapi tak pernah guna pun.. so tak fail.
Tu bg ko sorg lah..tp bagi org aku, ia TAK CUKUP..
kamera 5MP ni dah ketinggalan zaman,
xde radio menjadikan ia semakin tak lengkap..
kad slot pntg utk memori tmbhan..
iphone diselamatkn oleh ribuan2 software dari IOS appstore..
mereka yg beli lebih memandang kpd software walaupun hardware FAIL..
Nexus??adkah android setanding IOS?
Apapun NEXUS S bukan yg terbaik di kala ini..
sesuai utk mereka yg berjiwa klasik dahulu kala..
Nanti ko dah beli share2 la ape yg menarik sgt bagi ko tuh..
aku tak kata hp ni best ke apa, just takan sebab tiga tu hp ni FAIL.
iOS mungkin lagi hebat sekarang.. tapi android lagi ramai developer.. algi pun dia open source.. bagi masa je.. aku rasa akan lagi bagus pada ios.
x dinafikan pmbgunan android sgt pnts n semakin maju..
nexus s ni yg menonjol sgt ialah Android Gingerbread.
sedangkn spec dia semakin kebelakang..
lebih mundur dari galaxy s.
galaxy ada slot kad n ada radio.
walaupun dtg dgn android v2.1 Eclair,
tp bley upgrade kpd Android Gingerbread.
android n google sptutnya cari jenama lain yg bley hasilkn
smrtphone dgn spec terkini sprti N8.
smsung masih nk main cerita dulu kala.
adoi.. android bukannye ade kat samsung je le. =.=. HTC, LG, Motorola ko tak tengok ke?
aah. nexus s ini gagal.
dan pastikan ada second camera untuk video call, itu baru mantap!!!
Kalau spec macam Nokia N8 + Android Gingerbread mesti syokkan..sure aku ambil satu..
N8 dari segi spec kira terbaik stakat ni…cuma processor jer 680mhz..tp tu tak SEBURUK BARANG YANG XDE KAD SLOT..Cuma OS je yg ketinggalan..
jadi x heran la Nokia N8 HABIS STOCK..tu bukti majoriti org memandang spec lebih dari app
canggih sangat ni.tetap ada kekurangan juga.
Apa pun ak lebih memandang Nexus S,
Nokia@Symbian? apa barang de?
Best jugak ni. Dah ade orang nak bawak masuk malaysia: http://forum.lowyat.net/topic/1667094
nokia N8 loser
N8 loser? patutlah semua kedai abis stock..
habis stok sebab kedai takmau simpan stok..susah nak jual