15Dec

Opera Melepaskan Opera 11 RC1

Perisian

Nampaknya, pembangunan pelayar web Opera kini turut dilajukan berbanding sebelumnya, dimana Opera 11 RC1 (Release Candidate) telah pun dilepaskan hari ini, memperlihatkan yang mana versi akhir dan stabil Opera 11 akan menemui para pengguna tidak lama lagi.

Dengan tibanya versi pembangunan RC1 ini, berkemungkinan besar tiada lagi sebarang fungsi baru akan diperkenalkan oleh Opera Software pada pelayar web Opera 11 mereka, selain daripada beberapa fungsi yang telah diperkenalkan sebelum ini melalui Opera 11 Beta, iaitu tab stacking, sokongan gesture tetikus, dan juga sokongan extension.

Ianya masih lagi tidak diketahui bila manakah versi akhir akan dilepaskan, namun ianya tidak lama lagi, memandangkan dengan pelepasan Opera 11 RC1 ini, mereka ingin mengujinya terlebih dahulu, selain mencari beberapa pepijat pada pelayar web sebelum ianya dilepaskan kepada umum. Para pengguna boleh memuat-turun Opera 11 RC1 untuk Windows, Mac OS X dan Linux, serta menguji pelbagai fungsi baru yang dibawakannya.


Pembangunan Firefox 3.7 (Minefield) Sudah Di Mulakan
Internet Explorer 9 Beta Membawakan Pelbagai Fungsi Baru
Mozilla Ingin Membuang Angka Versi Untuk Pelayar Web Firefox
Aplikasi Pemain Muzik CM9 Sedia Diuji Oleh Para Pengguna Android
Tambah Efek Menarik Pada Video Melalui Aplikasi Android - Ultimate Special FX

7 Komen

  1. mosyar pada 15 Dec 2010

    aku nyer guna 10.5. hanya install sesuka2. xpernah guna pun. mungkin sbb rupanya ala-ala chrome…hahaha.

  2. hasbull pada 15 Dec 2010

    gmbar die bruk lgi ke?

  3. suffer8zine pada 15 Dec 2010

    wow, dah version 11 dah

  4. snazzybizarre pada 15 Dec 2010

    xmau2…. still setia dgn chrome … hahaha

  5. Anarm pada 15 Dec 2010

    nak donlod.. aku suke opera..

  6. alfian pada 16 Dec 2010

    napa opera taknak buat opera os mcm chrome os… kalau ada tentu best

  7. nizam pada 07 Mar 2011

    klu hp pny opera best lor..klu kt pc xbest lgsug..baek gne chrome…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader