16Dec

Opera 11 Sedia Untuk Di Muat-Turun

Perisian

Setelah memperkenalkan versi pembangunan RC sebelum ini, kini secara rasminya, Opera Software telah melancarkan pelayar web generasi baru mereka Opera 11, yang mana membawakan pelbagai fungsi baru termasuk sokongan extension yang dinantikan sekian lama.

Melalui Opera 11, pelayar web yang sering membawa pelbagai inovasi itu membawakan fungsi pengurusan tab yang menarik melalui Tab Stacking, yang mana membolehkan para pengguna menyusun dan mengumpulkan sesuatu tab dengan mudah, selain memudahkan aksesnya melalui pelayar web Opera 11.

Selain daripada itu, Opera 11 juga turut membawa perubahan sedikit pada antaramukanya, yang kini kelihatan lebih menarik. Bersama-sama dengan itu, kini Opera 11 menyokong aplikasi pihak ketiga melalui fungsi extensions yang diperkenalkan oleh mereka.

Pada masa yang sama, Opera 11 turut mengintegrasikan keselamatan dalam pelayaran web, dimana bar alamat web yang lebih selamat, membolehkan anda sentiasa selamat dan melayari laman web yang tidak membahayakan atau menyalahgunakan informasi anda.

Opera 11 boleh dimuat-turun untuk kesemua sistem operasi, termasuk Windows, Linux dan juga Mac OS X.


Panda Cloud Antivirus 1.0 Di Lepaskan
Ikuti Notifikasi Facebook Melalui Facebook Desktop
Adakah Firefox Dalam Masalah Dengan Mengeluarkan Versi Firefox Baru Dengan Pantas?
Nokia Maps Membawakan Sokongan Navigasi Suara Untuk Versi Web
Ketemui Lokasi Menjual Nasi Lemak Berdekatan Anda Dengan Mudah

8 Komen

  1. niktkmlk pada 16 Dec 2010

    yessss..
    akhir nye keluar gak..

  2. Wan Perlis pada 16 Dec 2010

    opera pilihan ke2 selepas firefox

  3. hasbull pada 16 Dec 2010

    x best arr opera sbb gmbar die blurrr….. ade x solution dye?

  4. suffer8zine pada 16 Dec 2010

    xsabar nk try ni

  5. ali mamak pada 16 Dec 2010

    gambar blur lg ke.. bukan ke da ok ke dari dulu

  6. zool pada 16 Dec 2010

    lama aku tak pakai Opera dah.. tahun aku belajau kot pakai Opera ni

  7. snazzybizarre pada 16 Dec 2010

    giler kentang.. smlm RC1 .. arini da releases official…

  8. Finalcross pada 17 Dec 2010

    Hmm,tak berminat. Go firefox!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader