25Dec

Pelancaran WordPress 3.1 Di Tangguhkan

Sumber Terbuka, Web 2.0

Mungkin ramai yang menantikan pelancaran WordPress 3.1 yang mana sebelum ini dijadualkan untuk dilancarkan pada penghujung tahun ini. Namun begitu, mungkin ianya akan ditunda untuk sedikit minggu lagi memandangkan pembangunannya masih lagi tidak mencapai fasa akhir lagi.

Seperti sedia maklum, WordPress 3.1 masih lagi belum mencapai fasa RC (Relase Candidate), memperlihatkan yang mana versi akhir dan stabilnya mungkin akan mengambil sedikit masa lagi, apatah lagi ianya kini merupakan musim perayaan dikalangan majoriti pembangun WordPress.

Versi pembangunan terakhir WordPress 3.1 adalah versi beta, yang mana boleh diuji oleh semua pengguna seluruh dunia, dan memberikan maklumbalas masing-masing melalui WordPress Trac. WordPress 3.1 kelak dijangka akan membawakan pelbagai fungsi baru yang menarik, termasuk fungsi pautan dalaman (internal linking) dengan mudah, dan banyak lagi. Ianya mungkin akan dilancarkan kepada umum pada bulan Januari 2011 kelak. Sama-sama kita nantikannya.


HTC Memperkenalkan Fungsi HTCSense.com
BlogMakeOver Memberikan Nafas Baru Untuk Blog Anda
[Video] Cardinal Blue Mempersembahkan Tribute Balloon Di Echelon 2011
Lebih Banyak Aplikasi Berbentuk Permainan Akan Hadir Dari Terato Tech
Firefox 10 Sedia Untuk Dimuat-Turun Daripada Pelayan Mozilla

4 Komen

  1. zik pada 26 Dec 2010

    wow…cepat betul update… nasib baik ditangguhkan… ada banyak benda nak disettlekan lah tuh..

  2. Ali ridha pada 26 Dec 2010

    blog aku baru minggu
    lepas kemaskini.

  3. Mrs.Ayie pada 24 Feb 2011

    Hari ni dah update ke wordpress 3.1 . setakat ni, puas hati

  4. faisunan pada 26 Feb 2011

    lepas web aku kena hack.. terus aku update wordpress.. penting rupanya update wordpress nih..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader