Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan peningkatan perantian mudah alih dan sebagainya, kini Malaysia menduduki tangga ke-12 secara global dalam memainkan permainan mudah-alih (mobile games), dengan lebih 97,000 pengguna memuat-turun lebih 67,000 permainan pada bulan November 2010 sahaja.
Melalui analisa yang dilakukan oleh BuzzCity, ianya memperlihatkan yang mana penduduk Malaysia antara yang aktif bermain permainan pada telefon bimbit mereka, dan permainan yang paling banyak dimuat-turun daripada portal permainan Djuzz pada bulan November adalah Grand Theft Auto 2, selain turut menyertakan permainan bercorak perlumbaan yang lain, termasuk 3D Street Racing, Underground Racer, dan 3D Neef for Drifting antara permainan yang popular dimuat-turun.
Pada masa yang sama, melalui analisa tersebut, ianya turut memperlihatkan yang mana telefon bimbit jenama Nokia menjadi pilihan paling ramai pengguna Malaysia, iaitu lebih 74.14 peratus, dan diikuti oleh SonyEricsson dengan 31.19 peratus.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
hebat jgk rakyat Malaysia ni..kalau cmtu ramai la yg tengah sunyi sekarang..ehehe
Grad tourismo 5! Dirt 3!
game2 yg mcm nie kalau main mmg tak bosan…
bile lapar boleh jd kenyang kalau main game..
termasuk aku la tu kot!? haha
aku pun masuk sama hehe. game2 perlumbaan kalau kena dengan grafik dan audio yang baik tak jemu nak main berulang2 kali
terkena la kita semua.
saya suka sukan….