09Dec

Perantian MeeGo Akan Di Lancarkan Tahun Hadapan

Sumber Terbuka

Nokia boleh dikatakan kini sedikit ketinggalan dalam arena telefon pintar. Namun begitu, kini Nokia mengumumkan yang mana mereka akan merevolusikan sepenuhnya rekabentuk antaramuka perantian baru mereka bersama-sama dengan MeeGo pada tahun hadapan.

MeeGo
Antaramuka MeeGo

Buat masa ini, masih tiada sebarang maklumat berkaitan dengan perantian yang akan menggunakan MeeGo, namun ianya dikatakan akan menarik balik minat para pengguna untuk menggunakan perantian Nokia.

Nokia juga dilihat menawarkan kedai aplikasi mereka sendiri yang sememangnya menarik, dimana kini, hampir 3.5 juta aplikasi dimuat-turun setiap hari melalui Ovi Store. Pada masa yang sama, lebih 1.3 billion pengguna dilihat menggunakan perantian Nokia setiap hari.

MeeGo merupakan salah satu projek usahasama antara Nokia dan Intel, dimana baru-baru ini ianya turut disertai oleh AMD. Beberapa nama besar turut menyokong projek MeeGo ini, termasuklah Linux Foundation.


Chromium Mencecah Versi Pembangunan 13
Nokia N950 Diperlihatkan Dengan Lebih Dekat Melalui Video Ringkas
N9 Akan Disokong Nokia Untuk Beberapa Tahun
Nokia Lumia 800 Dan 710 Bakal Dilancarkan Pada 10 Februari Di Malaysia
Nokia, Samsung Dan Apple Kini Merupakan Tiga Pengeluar Telefon Bimbit Utama Dunia

4 Komen

  1. Abot pada 09 Dec 2010

    Heyyy , nape x boe masukkan Meego dalam Nokia 5800XM ??

  2. kaizendeen pada 09 Dec 2010

    Masih menunggu Meego ni..nak install dlm netbook aku..koleksi…hehe

  3. Ali ridha pada 09 Dec 2010

    lama aku tak pandang Nokia.
    memang ketinggalan dalam
    telefon pintar.

  4. syahrilhafiz pada 09 Dec 2010

    fuh dlaam handset pulak
    tunggu dalam komputer/netbook pulak.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader