13Dec

Project Petaling Street Di Lancarkan Semula

Web 2.0

Setelah sekian lama laman Project PetalingStreet tidak berfungsi, kini ianya dihidupkan kembali dengan konsep baru ala-ala Digg, dimana para pengguna kini boleh mengundi artikel kegemaran mereka, selain pada masa yang sama menyenaraikan artikel mereka di laman Project PetalingStreet itu.


Antaramuka Laman Baru Project Petaling Street

Sebelum ini, laman Project PetalingStreet hanya berfungsi sebagai laman untuk ping artikel sahaja, dan kini ianya dibangunkan semula dengan menggunakan Pligg, dimana para pengguna boleh menyenaraikan dan mengundi artikel yang tersenarai di sana.

Salah satu masalah besar yang dihadapi oleh pengguna Pligg sebelum ini, iaitu Negaraku dan juga MyE-Buzz adalah dimana kawalan spam yang agak sukar pada platform Pligg. Namun, mungkin Project Petaling Street mempunyai penyelesaian mereka tersendiri. Apa pun, dengan adanya lebih banyak laman sebegini, ianya menguntungkan kedua-dua pihak, termasuk penulis blog dan juga pembaca, dalam mendapatkan entri yang menarik dengan lebih mudah lagi.


Mozilla Memperkenalkan Perkongsian Sosial Melalui F1
ZiccoTees Kini Menawarkan Penghantaran Ke Lebih 160 Buah Negara
Facebook Mengemaskini News Feed - Memperkenalkan Fungsi Ticker Secara Rasmi
Laku.my Turut Menyertai Laman Jual-Beli Tempatan
Facebook Mengambil-Alih Instagram Untuk $1 Billion

15 Komen

  1. Ezany-Kun pada 13 Dec 2010

    byk sgt laman ping skang ni.. nak pegi ping tu yg tak larat.. hehe.. kalau mcm blogged.my aku suka la sbb bleh auto ping..

    • menj pada 02 Jan 2011

      Blogged.my tidak ada fungsi sosial atau komuniti dan juga kurang baik daripada segi SEO kerana ia menggunakan “redirect” dan tidak memanfaatkan pengguna yang ping kepadanya.

  2. man22 pada 13 Dec 2010

    Teringat pulak negaraku.net……sesiapa boleh tolong bgtaw napa negaraku.net dah x dapat diakses??

    • mrkay pada 13 Dec 2010

      negaraku.net tak di renew oleh tuan dia akibat busy yg terlampau. hehe

  3. man22 pada 13 Dec 2010

    teringat pulak negaraku.net…mana udah menghilangnya laman komuniti tersebut??

  4. zik pada 13 Dec 2010

    menarik2… akan ku kesana…

  5. Piratz pada 13 Dec 2010

    Hm.. penuhla trackback aku nanti.. haha

  6. Roslan pada 13 Dec 2010

    sejibik mcm imcurtain????

    • finalcross pada 13 Dec 2010

      Agree…why same la?

      • wan pada 13 Dec 2010

        script yang sama..

      • menj pada 02 Jan 2011

        Script yang sama dan beli premium theme drp tempat yang sama.

  7. Ali ridha pada 13 Dec 2010

    buat design lain.
    baru nampak gempak.bagus……

  8. mancai pada 14 Dec 2010

    satu lagi lokasi…

  9. mosyar pada 14 Dec 2010

    hahaha. pernah ping artikel dalam versi petaling street sebelum ini. blh tahan gak la.
    patutlah sebelum2 ni aku masuk bermasalah je.

    sehingga hari ini aku tak tahu siapa disebalik petalingstreet tu…hehe.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader