27Dec

Segala Pertanyaan Mengenai MY1OS Terjawab

Linux, Sumber Terbuka

Lanjutan daripada mengenai sistem operasi MY1OS yang dibangunkan oleh pembangun Malaysia, ianya kelak akan dikenakan caj bayaran serendah RM111 kelak yang mana ianya bukanlah penjualan lesen, manakala lebih kepada berbentuk sokongan dan khidmat bantuan dalam menggunakan sistem operasi tersebut.

My1OS
Antaramuka Desktop MY1OS

Perkara ini dapat diketahui melalui komen ringkas pembangun SimpleLinux, Fariz Luqman. Berikut merupakan salinan emel yang diterima oleh saudara Fariz Luqman yang mana berkait dengan beberapa perkara yang menjadi tanda-tanya oleh para pembaca dan pendukung sumber terbuka tempatan.

Assalamualaikum w.b.t,

Kehadapan saudara Fariz Luqman,

Pertama sekali saya memohon maaf atas kelewatan membalas email saudara
kerana kesibukan masa.Diharap saudara dapat menerima seadanya.

Berkenaan dengan pertanyaan saudara, izinkan saya menjelaskan sedikit
sebanyak projek kami iaitu my1os.

Pertama sekali kami bukanlah ingin menjadi musuh/rival kepada mana mana OS
yang sedia ada baik diluar negara mahupun didalam negara Malaysia. Kami
ingin sekali melihat kerjasama yang boleh dihasilkan antara satu sama lain
demi mencapai objektif Kerajaan Malaysia iaitu Inovasi,Kreatif serta
memacu pembangunan negara.

Didalam kami membangunkan sistem operasi ini, kami tidak sama sekali
dengan niat untuk melanggar mana mana peraturan lesen mahupun amalan lesen
yang dikeluarkan oleh GNU iaitu GPL (General Public License) samada ianya
versi 1,2 mahupun 3. Kami ingin sekali mencuba menceburkan diri dengan
mengambil model contoh kami iaitu syarikat antarabangsa yang terkemuka
didalam bidang sumber terbuka ini iaitu Red Hat.

Ya kami akui bahawa kami mengenakan caj bayaran serendah RM 111.00 bagi
mendapatkan perisian sistem operasi kami iaitu my1os, tetapi ianya
bukanlah berbentuk lesen sama sekali. Ianya hanyalah melayakkan seseorang
pengguna yang bersetuju sepenuhnya menggunakan perisian sistem operasi
kami mendapatkan khidmat bantuan sokongan (support services) seperti mana
model perniagaan Red Hat. Izinkan saya sebagai pembangun utama sistem
operasi my1os untuk memetik kata kata Richard Stallman iaitu Founder GNU
“free is in freedom, not free as in free beer” melalui filem dokumentari
Revolution OS 2001 .

Melalui filem dokumentari tersebut beliau menekankan prinsip berkongsi
maklumat sesama sendiri dan seluruh dunia serta menggalakkan bagaimana
boleh berniaga melalui sistem sumber terbuka. Dan diakhir filem
dokumentari tersebut, ditunjukkan dimana saham Red Hat dibuka secara
rasminya pada 19hb Ogos 1999 melalui IPO (Initial Public Offering)
sehingga bernilai 3 Billion USD dan rentetan dari inisiatif yang dimulakan
oleh Red Hat, VA Linux System mengikuti jejaknya dan berjaya.

Disini bukanlah maksud saya menerangkan secara panjang lebar kenapa kami
memilih business model Red Hat. Akan tetapi saya percaya bahawa saudara
juga pembangun sistem operasi juga iaitu simpleLinux yang saya meletakkan
harapan tinggi untuk bersama sama berjaya dibidang yang saudara ceburi dan
ingin sekali melihat saudara dapat mengembangkannya hingga ke tahap yang
lebih tinggi.

Kami pembangun sistem operasi my1os juga sentiasa melihat perkembangan ini
secara positif dimana kami bernaung dibawah Kementerian Antarabangsa dan
Industri (MITI) didalam program keusahawanan mereka serta kami bernaung
dibawah Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Adapun begitu kami melihat
perkembangan menjual khidmat sokongan bantuan (support services) tidak
melanggar mana mana klausa yang telah ditetapkan oleh GPL serta lesen
lesen yang berkenaan. Jika kami terlepas pandang, diharap saudara dapat
memperbetulkan kami supaya dapat dimanfaatkan bersama sama.

Memetik kata kata En. Kahar Kamarudin di Facebook my1os, langkah seribu
bermula dengan langkah yang satu dan sudah tentunya jika tidak dimulakan
dengan langkah yang satu maka tidak akan tercapai langkah yang seribu.
Banyak lagi perkara yang kami perlu perbaiki dari masa ke semasa sistem
operasi my1os samada dari segi teknikal mahupun dari segi pentadbirannya.
Adapun begitu kami bersedia dengan beraninya melangkah kehadapan.

Sudah tentunya saudara tertanya kenapa kami tidak memberikan secara
percuma kerana sumber kod yang kami terima adalah sumber terbuka serta
lesennya adalah untuk semua. Ya memang kami tidak menetapkan sebarang
syarat untuk menerima sumber kod kami, malah saudara boleh mengubahnya
tanpa sebarang permasalahan kerana ianya telah tertakluk dibawah lesen GPL
serta lain lain lesen yang berkaitan. Akan tetapi kami menampung kos yang
tinggi untuk mengedarkannya serta kami bukanlah memberikan semata mata
CD/DVD/USB malah kami memberikannya didalam bentuk starter pack yang
berisi dengan key-chain serta lain lain goodies yang difikir sesuai. Ini
tidak termasuk kos permulaan bagi support center kami serta talian
berkenaan dengan support services, malah kos untuk menampung operasi
pelayan kami.

Projek sistem operasi my1os bukanlah semata mata mencari keuntungan
sahaja. Kami bekerjasama dengan IPTA serta IPTS dalam program CSR
(Corporate Social Responsibility) kami. Malah kami menawarkan peluang
pekerjaan kepada lepasan graduan yang difikir sesuai untuk diserapkan
kedalam projek sistem operasi kami. Pihak kami sentiasa in-line dengan
hasrat Kerajaan Malaysia dimana menghasilkan produk inovasi dan menekankan
kreativiti.

Jika saudara tertanya adakah kami menggunakan sumber kod Ubuntu/Debian,
jawapannya, benar kami menggunakan sumber kod Ubuntu/Debian didalam
membangunkan sistem operasi kami. Dan seperti yang saya terangkan diatas,
kami sentiasa mematuhi lesen GPL serta lesen lesen berkaitan. Jika dilihat
dari perspektif yang lain, jika saudara menggunakan kernel linux versi
2.6.x, ianya tidak berbeza dengan versi kernel linux yang kami gunakan.
Akan tetapi jika dibandingkan dengan Red Hat dan lain lain distro yang
sedia ada. Saudara dan saya sendiri tidak berbeza dengan mereka, kerana
mereka juga menggunakan kernel linux versi 2.6.x kerana ianya datang dari
satu sumber iaitu laman web kernel.org .

Lebih mudah jika dapat dilihat sebegini, Red Hat jika di USA, perisa
pizza/hamburger, akan tetapi kami/kita berperisa sambal petai, budu dan
seterusnya.

Akan tetapi bukanlah mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan jika tidak
menempuh kepayahan. Kami sentiasa berfikiran positif terhadap sebarang
komen/cadangan/kritikan/cemuhan samada di mailing list mahupun di forum
dimana sekalipun. Kami tidak berkecil hati jika ada terdiri dari bangsa
Melayu sendiri sekalipun mencemuh ataupun memberi pandangan negatif
terhadap kami. Kami terdiri daripada 100% bumiputera melayu yang
membangunkan sistem operasi ini tanpa apa apa yang perlu diselindungkan.
Kami juga mengambil iktibar dari sistem operasi terdahulu seperti Ketupat
Linux, Embun dan lain lain. Penghormatan untuk mereka yang gugur dalam
perjuangan sumber terbuka. Dengan izin, “where they fall is where WE
continue their fight” . Dimana mereka gugur disitulah kami, pembangun
sistem operasi my1os akan menyambung perjuangan mereka.

Kami juga tidak memasang niat jahat terhadap mana mana sistem operasi yang
lain seperti saudara dengan simpleLinux, saudara saya mambang/Oshiri
dengan OshiriX dan lain lain lagi. Kami menyanjung penuh dan menghargai
usaha saudara sekelian didalam memperjuangkan sistem operasi sumber
terbuka.

Diharap penjelasan ini dapat sedikit sebanyak memperjelaskan keraguan
saudara berkenaan dengan projek sistem operasi my1os. Kami bukanlah
berunsurkan politik, kami hanya patriotik kepada Malaysia.

Sekian, terima kasih

Dengan penjelasan ini, berharap agar semua pihak boleh bersama-sama menyumbangkan idea dan tenaga dalam pembangunan MY1OS, dan juga beberapa sistem operasi tempatan yang lain yang mana masih kekal aktif dibangunkan, iaitu termasuk Oshirix, simpleLinux, Ribbon Curve dan banyak lagi.


Grey Attic - Inkubator Tempatan Dilancarkan
Astro Byond IPTV Mungkin Diperkenalkan Bersama ISP Lain?
Kelompok Pertama Dibawah GreyAttic Akan Bermula Jun Ini
Unity Pada Oneiric Ocelot Bakal Diberikan Nafas Baru
Mozilla Melancarkan Pelayar Web Firefox 11 Secara Rasminya

20 Komen

  1. Mohd Isa pada 27 Dec 2010

    menarik, bukan sumber terbuka ke ni?

    • matjan pada 27 Dec 2010

      facepalm

  2. masokis pada 27 Dec 2010

    +1

    • nEk0 pada 02 Mar 2011

      hmm.. gnome sudah pasti.. rm111 untuk support? biasa aq hack sndri kalau de masalah.. kalau masalah tak settle, aq tnya kat brother G (google) je.. tapi pape pun majulah my1os untuk 1malaysia.. kikiki..

      gnome..
      gnome..
      gnome..
      kenapa bukan kde 4.6?? =__=

  3. ugly pada 28 Dec 2010

    kalau misal sy xnak khidmat bantuan/sokongan tu camne? mesti byr rm111 jg ke? hehehe

  4. topo pada 28 Dec 2010

    hohoho penerangan yang panjang lebar

  5. paeh pada 28 Dec 2010

    +45678

    nice one…!

  6. ad pada 28 Dec 2010

    The 1st Malaysian Operating System … emmm..

  7. Mohammad Suhaimi pada 28 Dec 2010

    ini di namakan
    mau MY1OS? Bayar rm111.00 utk sokongan, setuju atau terima?

    • ugly pada 28 Dec 2010

      setuju atau terima = hahaha.. maksud yg amat mendalam sekali

    • farizluqman pada 05 Jan 2011

      :) +1!

  8. Zul's Stuff pada 28 Dec 2010

    dr aku membazir duet..baek aku gna yg free je..bnyk lgi os free

  9. syahrilhafiz pada 28 Dec 2010

    wooo, ada ke nak berjaya macam ni
    hurmm, all the best aje lah..

  10. lagenda pada 01 Jan 2011

    my1os meniru model perniagaan Red Hat. Red Hat lain weh. Red Had banyak memberi sumbangan upstream kepada pembangunan GNU/Linux dari kernel, desktop Gnome, teknologi baru malah idea baru. Banyak komponen dalam distro Linux ada sentuhan Red Hat. Ramai developer Linux dibayar gaji oleh Red Hat.

    Malah kod sumber REHL diberi secara percuma. CentOS ialah 100% klon REHL. Pengguna yang tidak membayar REHL juga boleh menggunakan REHL tetapi tidak tiada sokongan termasuk repo update.

    REHL menggunakan dana sendiri. my1os dibangunkan menggunakan duit rakyat Malaysia kemudian dijual semula kepada rakyat Malaysia dengan harga RM111.

    • lagenda pada 01 Jan 2011

      sorry ia sepatutnya RHEL. En Aman tak boleh edit ke ?

    • farizluqman pada 05 Jan 2011

      tepat sekali, saya dah cuba bagitau pasal ni, tapi orang semua nak berdebat dengan saya… anyway, maju My1OS untuk negara…

  11. najashark pada 08 Jan 2011

    memang tak salah untuk mengenakan bayaran untuk support..
    tapi bila difikirkan macam tak kena pula.Sebab kalau My1OS ni sediakan repo mereka sendiri macam back|track tu okay jugak.tapi kalu still pakai ubuntu repo,rasanya tak perlu kenakan bayaran,kalau nak kenakan bayaran juga,minta dikurangkan lah sebab RM111 tu agak tinggi untuk seorang pelajar.

    sekadar pendapat

  12. hotfloppy pada 13 Feb 2011

    assalamualaikum..

    entri dah agak lama, tapi baru je baca.. :P

    aku penah try My1OS yg beta version.. fuhh!! mmg lain dari yg lain.. sebijik cam ubuntu!! respek ah!!

    pastu nak mintak bayaran RM111… support utk apa ?? kalo dah serupa sebijik sejibik dengan ubuntu, baik pi kat http://ubuntuforums.org/ .. free je.. takpun, google je..

    nak jadikan RHEL sebagai role model ?? walaupon aku bukan pengguna RHEL, tapi setahu aku, RHEL tak charge terus masa mula2 dilancarkan pada 1994 dulu.. so, apsal tak distribute secara free dulu.. bagi org kenal, bina crowd sniri.. pastu baru la pikir nak charge ke apa..

    hermm.. pelik tol..

    • Miyu pada 15 Mar 2011

      Damn agreed!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader