Cari @ Amanz

Baru-baru ini kita telah dikhabarkan dengan pengumuman yang dilakukan oleh simpleLinux iaitu keterdapatan sistem operasi berasaskan Linux yang diberi nama kod Penyelamat serta diketahui bahawa ia akan diberikan secara percuma kepada para pengguna. Menariknya, hari ini, simpleLinux melancarkan kedai dalam talian mereka yang menawarkan beberapa produk simlpleLinux.

Buat masa ini, hanya terdapat 2 sahaja produk yang disenaraikan pada kedai dalam talian terbabit iaitu simpleLinux Felix101 dan juga simpleLinux Penyelamat yang ditawarkan secara percuma buat pengguna-pengguna. Kedai dalam talian terbabit dibina dengan menggunakan sistem pengurusan kandungan OpenCart dan mula beroperasi sejak daripada pagi hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd