23Dec

Skype Tidak Boleh Di Akses

Web 2.0

Perkhidmatan VoIP yang paling popular, Skype kini nampaknya tidak boleh digunakan oleh jutaan pengguna seluruh dunia disebabkan masalah yang tidak diketahui, sekaligus menjadikannya salah satu topik terhangat di Twitter buat masa ini (ketika artikel ini ditulis).

Ianya diperkatakan yang mana masalah tersebut dihadapi oleh segelintir pengguna, dimana pengguna yang sedia telah log masuk ke dalam Skype masih boleh menggunakannya seperti biasa, namun pengguna yang baru ingin log masuk menghadapi masalah. Selain daripada itu, ianya turut diperkatakan yang mana klien Skype kelihatan seperti bermasalah, dan tidak dapat digunakan sepenuhnya oleh para pengguna.

Pembangun Skype mengatakan yang mana mereka sedang mengkaji masalah ini, dan meminta maaf ke atas kesulitan yang dihadapi. Para pengguna aktif Skype juga boleh mengikuti @Skype pada Twitter untuk pelbagai kemaskini terkini.

Sebelum ini, perkhidmatan mikro-blog terkemuka, Tumblr menghadapi masalah tidak boleh digunakan perkhidmatan mereka untuk lebih 24 jam, sekaligus menjadi salah satu berita terhangat sebelum ini.


Tag Rakan Pada Kemaskini Status Facebook Anda
Office Sebagai Facebook App Melalui Docs.com
WordPress.com Memperkenalkan Fungsi Like
MyInteractiveLab Bakal Melancarkan AskGuru.my
#BorakGajet - Podcast Membincangkan Dunia ICT Oleh Asri Al-Baker

20 Komen

  1. Omar pada 23 Dec 2010

    ada kena mengena dengan pengganas, wikileaks dan bermacam-macam kontroversi semasakah?

    • hafizmd pada 23 Dec 2010

      itu belum dipastikan lagi…mungkin tiada sebarang kaitan…hehe

  2. Taufik Mansor pada 23 Dec 2010

    buat2 la pakai YM…… no no skype ok … haha. :D

  3. Mohd Isa pada 23 Dec 2010

    patutlah aku takleh akses dari pg td, tp semalam aku guna versi linux ok la plak. hurm

  4. Mohd Isa pada 23 Dec 2010

    uiks, aman mana previous and next entry kat bawah post ko ni?

  5. suffer8zine pada 23 Dec 2010

    laa baru tahu ni, nice bro!

  6. ST pada 23 Dec 2010

    Dah lama aku tinggalkan Skype nih. Tapi servis diaorg mmg bagus.

  7. fiezaradzi pada 23 Dec 2010

    dah lama tak online skype, so tak tau pulak de masalah ni.. thanks anyway..

  8. hafizmd pada 23 Dec 2010

    mungkinkah kena serang virus hujung tahun skype ni? kita sama2 tgk penjelasan sebab musabbab kerosakkan ini nanti.. :D

  9. kaizendeen pada 23 Dec 2010

    skype akan dijual x lama lagi..dan google akan membelinya…hehehe

  10. Fareast pada 23 Dec 2010

    Patut lh ramai naik status kt Fb Skype x leh nk guna..

  11. akubiomed pada 23 Dec 2010

    Saya dah lama tak guna Skype. Thanks for alert me tapi tidak jadi masalah besar sangat ada YM sebagai penganti

  12. Han pada 23 Dec 2010

    love its crystal clear. even manage to test the call fixed line & call mobile line. using fixed line much much clearer

  13. mancai pada 24 Dec 2010

    aku punnya skype pun tak leh bukak tu ari… terpaksa guna YM berkomunikasi dengan client

  14. Ali ridha pada 24 Dec 2010

    tinggalkan skype ni.

  15. Azam pada 24 Dec 2010

    di window aku boleh log in semalam, di linux tak boleh…mungkin version yang berbeza menganggu untuk login juga…

  16. Wan Perlis pada 24 Dec 2010

    ketinggalan aku xda akaun skype

  17. DarkaceMedia pada 25 Dec 2010

    haha, disabotaj oleh fb ! kot2

  18. Zul's Stuff pada 25 Dec 2010

    aku bleh je msuk skype..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader