10Dec

Tiada Lagi Had Masa Pada YouTube

Google

Bagi yang gemar memuat-naik video ke YouTube, kini ada berita gembira buat anda semua, dimana kini YouTube mengumumkan yang mana mereka tidak lagi mengehadkan masa video kepada 15 minit, sebaliknya anda boleh memuat-naik video penuh yang lebih panjang lagi.

Sebelum ini, YouTube hanya mengehadkan pengguna untuk memuat-naik video sepanjang 10 minit sahaja untuk beberapa tahun, sebelum menaik akannya kepada 15 minit pada bulan Julai yang lalu. Dan kini, mereka mula memperkenalkan secara berperingkat, dimana para pengguna boleh memuat-naik video tanpa had masa.

Salah satu sebab mengapa YouTube mengadakan had masa adalah untuk mengelakkan para pengguna memuat-naik video filem dan video yang mempunyai hak cipta pada YouTube. Namun begitu, dengan adanya sistem Content ID pada YouTube, ianya membolehkan YouTube mengenal pasti video berhak-cipta dan mengelakkannya di muat-naik pada sistem.

Buat masa ini, fungsi memuat-naik video tanpa had masa ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan masih tiada sebarang pengumuman bila manakah kesemua pengguna akan menerima fungsi tersebut.


Google Buzz Kini Di Sokong Aplikasi Pihak Ketiga
Google Groups Turut Membawakan Antaramuka Baru
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 3 November
Pesaing Dropbox Daripada Google Bakal Menawarkan Ruangan Percuma Sebanyak 5GB?
Chrome 20 Membawakan Integrasi Sokongan Chrome To Mobile

8 Komen

  1. Dauspozi pada 10 Dec 2010

    Wahh.. caya la Youtube! tp aku lebih suka upload kat FB… coz lebih mesra alam… =)

  2. amoi pada 10 Dec 2010

    patutlah aku ternampak video sejam yang interview mark semalam
    tapi bapak lama nak tunggu buffer.

    lol

  3. Izzat Aziz pada 10 Dec 2010

    selain dari movie, nak tengok apa benda yang lebih 20 minit.. ceramah bolehlah..haha

  4. Abot pada 10 Dec 2010

    Haha , lepas ni boleh la aku upload The Simpson hee~

  5. syahrilhafiz pada 10 Dec 2010

    uh smart la
    sapa yg nak upload movie tu sila2 la
    kang send link kat aku ok..haha

  6. Wan Perlis pada 10 Dec 2010

    patut la sesetgh video aku x dapat tgk
    dia tulis copyright

  7. Ali ridha pada 11 Dec 2010

    bayar aje la pada hakcipta.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader