06Dec

Tumblr Tidak Boleh Di Akses Hampir 12 Jam

Web 2.0

Sepanjang hari ini, Tumblr seperti mengecewakan para penggunanya apabila masalah teknikal laman web mereka masih lagi tidak dapat diselesaikan sehingga kini, sekaligus membuatkan para pengguna tertanya-tanya dengan kandungan mereka di laman tersebut.


Mesej Yang Di Perlihatkan Di Laman Tumblr

Tumblr kini sudah hampir lebih 12 jam tidak dapat diakses sepenuhnya, dimana para pengguna yang mengakses laman berkenaan diperlihatkan dengan mesej “We’ll be back shortly” yang bermaksud mereka akan kembali dalam sedikit masa lagi. Ianya diperkatakan berpunca daripada salah satu isu pada kluster pangkalan data mereka.

Pihak Tumblr juga masih tidak mengemaskini status semasa mereka, dimana Tweet terakhir daripada pihak mereka adalah lebih 8 jam dahulu mengatakan mereka sedang bergiat menyelesaikan masalah tersebut.

Sebelum ini, 4Chan ada mengatakan yang mereka ingin menyerang laman Tumblr pada 14 November yang lepas, namun perkara tersebut tidak berjaya. Namun begitu, kejadian hari ini masih lagi tidak diketahui berpunca daripada mana. Ianya juga tidak diketahui selama mana lagikah yang Tumblr akan terus kekal sebegitu.


Gambar Sekadar Gurauan Daripada Pengguna Tumblr [via]

Kemaskini Pada 7 Disember : Tumblr kembali setelah hampir lebih 24 jam tidak boleh diakses.


GladlyCast Kini Menyokong Plurk
Groupon Menolak Tawaran Google?
Carrefour Menawarkan Hadiah Raya Melalui Aplikasi WHOlah
Wikileaks Bakal Mula Menayangkan Siri Video 12 Episod Bermula Minggu Hadapan
SlideShare Diambil-Alih Oleh LinkedIN Untuk $119 Juta

10 Komen

  1. Scromix pada 06 Dec 2010

    wow aman peminat justin bieber :P

  2. yonna pada 06 Dec 2010

    penat refresh dari t/hari tadi! T_________T fans justin bibir banyak sangat kot dok reblog dalam tu? LOLOL!

  3. paeh pada 06 Dec 2010

    xpe. jangan twitter main gila camni dah… meroyan aku kat pesbuk kang….

  4. Azam pada 06 Dec 2010

    haha..menarik betul gambar bawah tu

  5. zuarxpdc pada 06 Dec 2010

    aku tak pnh guna pn mntang tumblr ni..untuk pe ntah..:-D

  6. menteil pada 06 Dec 2010

    yeke? tak bukak pun.. hehe..

  7. ARieF pada 06 Dec 2010

    wah..
    cube byngkan yg facebook xboleh di access 12 jam..
    msti ramai yang dmam..
    hahaha

  8. Wan pada 06 Dec 2010

    klo fb down 12jam habis la

  9. Izzat Aziz pada 07 Dec 2010

    mujur aku beralih ke wordpress dah.. haha
    tumblr perlu banyak belajar dari facebook, tengok social network camne mark marah bila facebook down.

  10. TintaLuhur pada 09 Dec 2010

    em..btul la, mcm srabut skit..aku xtau mcm ne nak tag kwn dlm status..yg lame seng je…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader