26Dec

Ubuntu Tweak 0.5.8

Linux, Sumber Terbuka

Tualatrix, iaitu pembangun kepada Ubuntu Tweak telah mengumumkan bahawa versi terbaru baru Ubuntu Tweak iaitu Ubuntu Tweak 0.5.8 sedia untuk dimuat turun oleh pengguna Linux Ubuntu. Lebih menarik, ia kini mampu menyokong persekitaran Desktop Unity dan sedia untuk diguna pakai pada Ubuntu Natty 11.04.

Tualatrix juga turut mengumumkan beberapa fungsi terbaru bagi Ubuntu Tweak pada artikel pengumuman yang ditulis olehnya. Antara fungsi baru itu termasuklah sokongan terhadap versi terbaru Compiz iaitu Compiz 0.9.2.1 serta penggunaan efek desktop terbaru iaitu “WorkSpace Switching with Mouse Wheel”.

Lebih menarik, kini Ubuntu Tweak versi 0.5.8 turut menyokong Linux Mint 10 “Julia”. Sehubungan dengan itu, pengguna Linux Mint 10 tidak lagi perlu menggunakan Ailurus jika mereka ingin menggunakan Ubuntu Tweak ini.

Jika anda berminat, anda boleh memuat turun pakej .deb di sini dan mulakan proses pemasangannya ke dalam PC anda.


Muat-Turun Firefox 3.6 Sekarang
JomSocial 2.2 Akan Memberikan Lebih Kawalan Privasi
Firefox 5 Beta Bakal Dilancarkan Pada 17 Mei
PDF.js Untuk Firefox Sedia Untuk Diuji
Pear OS 3.0 "Panther" - Linux Dengan Antaramuka OS X Dilancarkan

8 Komen

  1. lankapo pada 26 Dec 2010

    yup sudah upgrade ke 0.58..masih mengexploree

  2. Jebat Malaya pada 26 Dec 2010

    belum upgrade lagi.. tak bukak laei ubuntu…

  3. Azam pada 26 Dec 2010

    huhu…sudah update juga…

  4. matjan pada 26 Dec 2010

    aku nampak julia diatas. mungkin bubbles

  5. zahir pada 27 Dec 2010

    hai…dah macam melayuubuntu.blogspot ja nie…haha

    • Omar pada 27 Dec 2010

      tu la, feed semua pasal Linux.. aman tengah promote linux tu.

  6. akmalhisyam pada 27 Dec 2010

    function tukar workspace guna mouse wheel tu best!
    :)

  7. Nizam6281 pada 27 Dec 2010

    Julia? Hahaha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader