Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti sedia maklum, sehingga kini, WeddingKami menggunakan Flash sebagai salah satu platform pembangunannya. Dan menariknya, kini mereka turut sama menyokong HTML5, sekaligus membawakan laman yang sama interaktif kepada pelbagai platform termasuk di iPhone dan iPad.

Laman WeddingKami Dengan HTML5
Sebelum ini sendiri, WeddingKami telah sedia menyediakan sokongan untuk perantian mudah-alih, terutamanya perantian yang tidak menyokong Flash, dimana suatu kad jemputan digital ringkas diperlihatkan. Namun begitu, kini dengan pengintegrasian teknologi HTML5 ini, kad digital yang diperlihatkan pada perantian yang tidak menyokong Flash sama menarik seperti mana pada laman Flash yang asalnya.
Fungsi ini telah pun dibangunkan, dan para pengguna boleh melihat demo khas, yang mana dipercayai sebagai salah satu tempat untuk WeddingKami menguji fungsi HTML5. Mungkin selepas ini, bakal pengantin sudah boleh menempah laman web WeddingKami dengan teknologi HTML5. Dan sekiranya anda ingin berkahwin sebelum 31 Disember 2010 ini, anda boleh mendapatkan laman WeddingKami anda sendiri secara percuma bersempena dengan promosi khas pihak WeddingKami.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
aku 2 tahun lagi kot…
seiring dgn wordpress, html5.
semakin menarik. Aku pun nak promosi juga weddingkami..mana tau dapat website free nanti bila aku kawin..
ni iklan advertorial ni aman. eheh
eh. bukan ar. nie post cam biasa. aku tak berapa amik sangat advertorial. =)
ko bila pulak man nak wedding ni?haha
Kawen cepat Man, he he..
Iklan yang menarik! HTML5 \m/
wah.. Amanz.my dah menyokong rencana Iklan.. dah cam harian metro pulak dah..apapun, HTML5 tetap menarik.
aiyak. asal semua duk cakap nie rencana iklan? nie aku tulis berita cam biasa jer ar. lol~ takde bayaran pun~