18Dec

WildFire Umpama Alexa Untuk Twitter dan Facebook

Web 2.0

Salah satu perkara yang sentiasa pembangun web lakukan adalah melihat perkembangan web mereka di Alexa. Namun bagaimana pula anda lihat perkembangan pada Twitter dan Facebook? Kini, WildFire membawakan perkhidmatan berasaskan web, membolehkan anda melihat perkembangan akaun anda pada laman sosial dengan mudah.


Contoh Graf AmanzNetwork Pada Laman WildFire

Buat masa ini, WildFire hanya menyokong Twitter dan Facebook, dua laman sosial yang diperkatakan ramai pada masa kini. Melaluinya, anda boleh melihat perkembangan akaun anda untuk beberapa bulan yang lepas, serta membandingkannya dengan rakan-rakan anda yang lain dengan mudah. Untuk Twitter, anda hanya perlu memasukkan nama pengguna Twitter anda, manakala untuk Facebook, anda boleh memasukkan nama, ataupun URL akaun anda.

Ianya sesuatu yang menarik memandangkan kini, kita boleh mengetahui perkembangan akaun rangkaian sosial kita dengan mudah, dan ketahui pada bilakah pengikut dan rakan kita bertambah, dan pada bilakah mereka berkurang, dan sebagainya. Ianya suatu informasi yang amat berguna bagi mereka yang berkecimpungan pada dunia rangkaian sosial.


AdToReal Memasuki Pasaran Pengiklanan Internet
Laman Sosial 1Malaysia.com Dilancarkan
Ticket Monster Mengambil-Alih Laman Tawaran Harian Everyday.com.my
Rangkaian Sosial Sepanjang Minggu
Nuffnang Mempunyai Lebih 260,000 Blog Berdaftar Bersama Mereka

8 Komen

  1. zik pada 18 Dec 2010

    owh macam tuh…. alamak dah jarang aktif di twitter… graf menurun lah gamaknya…

  2. aizuddin pada 19 Dec 2010

    macam best je

  3. ejam pada 19 Dec 2010

    menarik info nie, nak kena cuba…baru ler semangat nak berkicau…

  4. amirulez pada 20 Dec 2010

    macam nama handset htc wildfire jer..

  5. Ali ridha pada 20 Dec 2010

    masih lagi Twitter dan Facebook.

  6. mancai pada 20 Dec 2010

    mau di cuba ni

  7. Ayie pada 03 Mar 2011

    FB dah jarang online. Twitter semakin tegar pasal amanfirdaus selalu tweet input yang terbaik


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader