30Dec

WordPress 3.0.4 Membawakan Kemaskini Sekuriti

Sekuriti, Web 2.0

Matt Mullenweg telah pun mengumumkan pelepasan kemaskini terbaru bagi sistem pengurusan kandungan terkemuka iaitu WordPress. WordPress 3.0.4 kini boleh dimuat turun secara terus daripada laman rasmi WordPress, ataupun anda boleh mengemaskini pemasangan anda secara automatik melalui dashboard.

Pelepasan kemaskini itu dibuat selepas beberapa pengguna melaporkan menemui beberapa kerentangan yang wujud di dalam beberapa fail WordPress merangkumi kerentangan jenis Cross-Site Scripting (XSS) di dalam KSES Library dan ia dianggap sebagai masalah yang amat kritikal menurut Matt Mullenweg.

Jika anda ingin melihat perubahan kod yang berlaku di dalam kemaskini berkenaan, anda boleh melawat laman WordPress Trac dan ketahui lebih lanjut berkenaan dengannya. Semua pengguna WordPress yang memasang sendiri pada server masing-masing diminta untuk mengemaskini supaya kejadian yang tidak diingini berlaku.


Diaspora Bakal Di Lancarkan Pada 15 September
FlickSquare Memudahkan Perkongsian Gambar FourSquare Pada Flickr
Facebook Mula Memfokuskan Kata Kunci Dan Kandungan
Twitter Membuka API Twitter Photos Kepada Para Pembangun
Aplikasi Facebook Untuk Android Membawakan Sokongan Timeline Dan Facebook Apps

4 Komen

  1. menteil pada 30 Dec 2010

    ape pun aku tak upgrade lagi.. huhu…

  2. masokis pada 30 Dec 2010

    nape remote execute tak patch lagi utk ver 3.0.4 ni? isk…

  3. kaizendeen pada 30 Dec 2010

    Aku masih dgn blogger.com.Tak cukup kewangan lagi kot nk upgrade ke wordpress.org ni…Semakin mantap wordpress skrg..

  4. Fareast pada 30 Dec 2010

    baru je pagi td upgrade… mmg tiap2 kali kluar status new update akan terus diupdate dgn pantas.. hahaa


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader