27Dec

Pembangunan WordPress 3.1 Mencapai Fasa RC

Web 2.0

Seperti sedia maklum, pelepasan versi akhir WordPress 3.1 sedikit ditangguhkan kerana terdapat beberapa perkara lagi yang masih belum diselesaikan, namun para pembangunnya masih lagi belum berputus asa, dan WordPress 3.1 RC1 sedia untuk dimuat-turun dan diuji oleh para pengguna.

Seperti sedia maklum, versi RC hanya akan dilepaskan selepas versi Beta, dan sebelum versi akhir, sekaligus memperlihatkan yang mana ianya telah memasuki fasa akhir pembangunan. Berkemungkinan besar ianya akan dilancarkan bersama-sama pada tahun baru ini kelak, namun tiada pengumuman rasmi daripada pihak pembangunnya buat masa ini, memandangkan ianya masih lagi perlu diuji sepenuhnya, dan kualiti pembangunan WordPress perlu dikekalkan untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini pada masa hadapan kelak.

Bagi yang berminat, anda boleh memuat-turun WordPress 3.1 RC1 dan seterusnya mengujinya, dan melaporkan sebarang masalah kepada WordPress Trac. Selain daripada itu, sekiranya anda ingin mengikuti setiap kemaskini pembangunan WordPress, anda boleh memuat-turun dan mengaktifkan plugin WordPress Beta Tester pada pemasangan WordPress anda.


Selamat Ulang Tahun Ke-4, Nuffnang
Oh! Media FM Mulakan Ujian Beta
WuuHuu Online Dilancarkan
TableFour.us Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi
Fibox - Perkhidmatan Platform Sembang Masa-Nyata Baru Dari Syarikat Tempatan

3 Komen

  1. Mohd Isa pada 27 Dec 2010

    wordpress terbaik….yeah

  2. deCrewz pada 28 Dec 2010

    Sebab tulah Jai beralih ke WP.. Mmg terbaik.. X payah pening2 kepala… Mm sempoi..he3

  3. Anarm pada 28 Dec 2010

    aku nak pasang versi ni kat blog aku.. malam ni..


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader